Salji

06 May 2012

Kisah Ahmad

KISAH AHMAD 1:

Seperti biasa selepas Ahmad balik dari kerja di Kuala Lumpur, Ahmad akan menelefon umminya yang berada di kampung.

Ahmad: Assalamualaikum. Ummi apa khabar?

Ummi: Waalaikummusalam Ahmad. Alhamdulilah, Ummi sihat. Bagaimana keadaan Ahmad di sana? Ahmad sihat?

Ahmad: Alhamdulilah, Ahmad sihat & kat sini semuanya ok. Cuma, rindukan Ummi dan adik di kampung.

Ummi: Oh. ya ke? Erm. Ummi pun sama, rindukan anak Ummi nie. Adik Ahmad kirim salam.

Ahmad: Waalaikummmusalam.

Ummi: Ahmad, Ummi ada khabar berita baik. Nanti Ahmad balik kampung ya. Ummi nak tanya ini, Ahmad masih menyimpan perasaan pada Maisara ke?

Ahmad: Berita gembira apa Ummi? Erm... hehe...

Ummi: Nanti Ahmad balik ya. Mesti Ahmad masih suka kat Maisara kan?

Ahmad: Ya, Ummi. Hujung minggu nie Ahmad balik ya.

Ummi: Baiklah...

Hujung Minggu...

Ahmad: Assalamualaikum Ummi.

Ummi: Waalaikummmusalam Ahmad. Mai masuk dulu. Ummi buatkan air...

Ahmad: T.Kasih Ummi. Mana Adik Farah, Ummi?

Ummi: Adik Farah keluar pergi main dgn kawan2 dia. Sama2 Ahmad.

Ahmad: Oh, Ummi...

Ummi: Ya, Ahmad...

Ahmad: Sebenarnya berita gembira apa Ummi nak beritahu Ahmad?

Ummi: Haritu Ummi pergi rumah ibu Maisara dan kami bincang mahu satukan Ahmad dengan Maisara dengan pernikahan sah. Lagipun, Ahmad dah kenal Maisara dari sekolah menengah lagi kan?

Ahmad: Ya ALLAH. Betul ke Ummi? Maisara setuju ke x Ummi?

Ummi: Betul Ahmad. Maisara dah setuju. Dia ada bagitau kat Maknya yang Dia pun menyimpan perasaan sama macam Ahmad. Setiap kali bila dia solat, mesti dia doakan jika Ahmad jodoh terbaik dengan dia, maka ALLAH SWT temukan ahmad dengan dia. Akhirnya doanya termakbul juga. Sekarang nie Maisara buka kedai jual baju muslimah di KL. Tapi, sekarang ini dia cuti dan ada di sini.

Ahmad: Alhamdulilah... Bila Ummi nak masuk meminang dia?

Ummi: Ummi berhasrat nak masuk meminangnya lagi 1 minggu dan terus akad nikah selepas 2 minggu meminangnya. Benda baik kena segerakan.

Selepas 3 Minggu:
Kini Ahmad dan Maisara sudah sah menjadi suami isteri. Indahnya, bercinta selepas nikah. Moga Cinta Mereka Kekal Hingga Ke Syurga...

Mempunyai perasaan CINTA Dalam DIAM Itu Comel ^_^
Dan,
BerCINTA Selepas NIKAH itu Indah ^_^


Cerita Ini Hanya Rekaan Semata-mata. (♥^_^♥)



Kisah Ahmad 2:


Setelah Ahmad dan Maisara Mendirikan Rumahtangga Selama 18 Tahun, Mereka Dikurniakan Cahaya Mata Yang Kini Berusia 17 Tahun. Ahmad dan Maisara Mendidik Anaknya Yang Bernama Syafiq dengan ilmu dunia dan di akhirat. Anaknya Syafiq menanyakan soalan pada kedua ibubapanya.....

Syafiq: Ummi, macam mana ummi boleh jumpa dengan abah?

Maisara: Semuanya ketentuan ALLAH SWT. Alhamdulilah, kerana ummi jumpa dengan abah, seorang suami yang soleh.

Ahmad: Alhamdulilah, kerana ALLAH SWT kurniakan isteri yang solehah dan anak yang soleh kepada abah.

Syafiq: Ummi dan abah, nanti bila Syafiq nak ada teman hidup. Syafiq nak jadi macam abah dan nak isteri macam ummi. Abah dan ummi tolong doakan Syafiq dapat isteri yang baik.

Ahmad: InsyaAllah Syafiq. Ingat Ya Syafiq, Lelaki yang baik untuk wanita yang baik dan wanita yang baik untuk lelaki yang baik.

Maisara: Betul Cakap Abah kamu itu, Syafiq.

Syafiq: InsyaAllah, Syafiq akan jadi suami & bapa yang soleh kepada isteri dan anak2 Syafiq nanti kelak...

Maisara: Anak Ummi belajar rajin2. Tuntutlah ilmu untuk dunia dan akhirat juga ya, Syafiq... Dan Bagi dapat semua matapelajaran A, lepas itu sambung belajar ke universiti. Kemudian Syafiq kerja dan InsyaAllah, jodoh Syafiq akan sampai bila masa yang TERBAIK... Janji dengan ummi dan abah, bercinta selepas nikah ya dan jaga pergaulan dengan wanita.

Syafiq: InsyaAllah ummi...

Ahmad: Syafiq, pergi ambil wudhuk, kita solat jemaah sama2 ya! Selepas dah habis solat, belajar ya.

Syafiq: Baik Abah! :)