Salji

26 August 2015

Althea Korea Cosmetic



Assalamualaikum dan hi semua...

Althea korea adalah laman web yang menjual produk korea dengan harga yang sangat murah dan berpatutan. Memang rugi jika korang tak melawat www.althea.kr

Terdapat pelbagai pilihan jenama seperti Etude House, Tony moly dan Innisfree dengan harga berpatutan. Memang rasa nak beli semua sebab macam2 ada.

Untuk pengetahuan kepada blogger, ada contest tulis tentang althea di blog anda. Untuk keterangan lanjut lawati www.facebook.com/altheakorea

Bagi yang tiada blog, dont worry althea korea ada buat contest untuk memenangi rm20 off bila kita beli barang.

Yang belum daftar lagi, jom daftar sebab dapat rm20 kredit (promosi sampai 31 Ogos 2015)

Tak sabar tunggu barang yang di order. Moga selamat sampai 😄😄😄 ( penghantaran 10-15 hari)

Jom cuci mata tengok barang apa yang ada. Tapi ini baru suku ja barang, jika korang tengok ada bermacam- macam lagi...


06 May 2015

Review Peripera Peri's Ink ❤️

Selamat petang..

Hari ini nak review pasal peripera peri's ink.
Tengok botolnya dah pun comel dan bentuknya unik.
Apa yang boleh dikatakan peripera ink ini seumpama macam lip tint dan macam lip stain sebabnya warnanya tahan di bibir kita. 

Apa yang menarik perhatian untuk membeli produk ini kerana peripera made in korea dan juga bila membaca review di IG macam menarik sahaja.

Kita ada try test tengok warnanya tahan tak selepas makan...
❤️ First day pakai, kita just sapu guna jari apply sikit untuk jadikan warnanya nampak natural, bila lepas makan tinggal sikit sahaja warnanya.

❤️ Hari kedua, kita pakai dengan berus dan applynya macam lipstick dan warnanya still sama lepas makan.

Info padat tentang peripera peri's ink:

Walaupun selepas makan, colour still ada di bibir (apply peripera ink dengan berus) 

Jika pakai lipstick, warna lipstick akan lekat di cawan namun peripera peri's ink, warnanya tidak lekat pada cawan dan juga bila kita makan roti 

Pelbagai Warna yang menarik dan unik

Di sasa, ada 3 warna sahaja ( di korea, ada 5 warna)

Harga normal: RM39.10, lepas diskaun rm37.15


Kita ambil kod warna its lip (gambar atas sekali itu dan kiri sekali) dan bila pakai warnanya macam nampak merah sikit bila apply dengan banyak. :) ❤️❤️❤️

Selamat Mencuba :) 

23 September 2014

Review: Silky Girl Moisture Boost Lipcolor Balm & Tony Moly Lip Scrub





SILKY GIRL MOISTURE BOOST LIPCOLOR BALM

Harga:
Rm18.90

Kita beli colour coral. Memang cantik warnanya dan warnanya memang terang. Kita suka sebab bentuknya unik macam crayon. Banyak colour lain seperti latte, rose dan sebagainya.

TONY MOLY LIP SCRUB

Datang dari jauh, semata-mata nak beli ini sbb kat sini memang susah nak dapat. Bentuknya comel dab unik. Suka sgt2 :)

Review:
Baru pakai sekali.  Untuk bibir yang kering sangat bagus. 

*pakai 2 kali seminggu sahaja ya


CAT CAFE



Assalamualaikum. Baru nak update haritu pergi cat cafe. Sebenarnya dh lama dh. Tak silap bulan 7 2014.

Nak cerita sikit pasal cat cafe. Tempatnya memang menarik dan kucing kat sini semua comel dan gebu. Bila masuk sini, rasa macam ada kat dunia kucing. Memang sangat2 best! 

Kalau datang ke sini, kita mesti  beli makanan, minuman utk kita berharga minimum rm18 untuk seorang. Kira ok sbb boleh main dengan kucing yang comel.

Maximum 2 jam kita boleh main dengan kucing. Tak silap kita, termasuklah masa time kita makan.

Dalam bilik kucing, kita hanya dibenarkan membawa masuk air sahaja.

Kita paling suka kucing Teddy sebab dia sangat comel dan manja :)

INFO EXTRA: 
~ parking kat sini tak banyak. 
~ sebelum ke bilik kucing, anda dikendaki basuh tangan dengan sabun di tempat yang disediakan.
~ kita boleh start main dengan kucing dalam kul 12 tengah hari macam itu.
~ sesetengah kucing kat sini tidur, sebab sememangnya kucing dewasa kurang aktif berbanding anak kucing. 
~ jadi, bila datang tunggu sampai 2 jam sebab bila dah lama itu, kebanyakan kucing bangun dari tidur.








Masa ini, memang best :)

Bear :) kucing yang pemalu. Masa mula2 itu, nak belai meow lari. Hehe :)

Z_zzz....

Snowy tiada masa pergi haritu. :) 


29 August 2014

Perasaan

Perasaan,
DIHATI,
LUKA,
PEDIH,
KECEWA,
SABAR,
NAMUN,
ADA MASANYA,
IA HILANG,
DITIUP ANGIN MASA,
HATI,
ADA PERASAAN,
BUKAN KEBAS,
BILA DIHIRIS,
PASTI TERLUKA,
BAGI ARAH SANA,
IA UNTUK KEBAIKAN,
NAMUN,
IA TEKANAN,
PERLUKAN MASA UNTUK SESUAIKAN,
CARI ARAH MENCINTAI SESUATU,
SYARAT,
BUKAN MELAHIRKAN KASIH SAYANG,
NAMUN,
MEMBUATKAN ITU BERTAMBAH TERTEKAN,
HATI,
ADA PERASAAN,
MENGHARGAI DAN BANTUAN,
SANGAT DIPERLUKAN

>_< 

29 April 2014

Meow dan gagak


"Meow, meow" kelihatan seekor kucing parsi mendekatiku. Kelihatan matanya yang bulat membuatkan ku ingin mencubitnya. Datang seorang wanita berwajah manis dan berpakaian indah, memanggil "baby, baby" dan ku melihat si kucing lari mendekatinya dan dia membawa  kucing itu masuk ke dalam kereta mewah.

Aku termenung seketika. Bertapa bertuah kucing itu. Disayangi dan dijagai. Aku ini seekor burung gagak tua yang di biarkan. Malahan, jika sesetengah manusia melihatku bakal menjerit, mungkin kerana wajahku yang menakutkan.

Aku terus terbang mencari makanan. Jika ada rezeki, pasti ku akan jumpai  makanan. Namun, ku tahu Allah maha adil, setiap makhluk Allah pasti ada rezekinya. Cuma kita perlu berusaha.

Aku membuka mata perlahan-lahan. Kenapa pagi ini aku terbangun terasa lain. Terasa saiz badanku berbeza, adakah di sebabkan oleh aku termakan roti semalam terlampau banyak. Bingung aku dibuatnya. Terus aku bangun dan ku lihat serpihan kaca, badanku sangat berbeza. Seperti kucing. Aku menjerit dan ku sedari suara aku  berbunyi "meow, meow, meow"

Ku melihat sekeliling. Aku tetap di tempat sama, iaitu tempatku lena. Aku cuba memenangkan diri.  Lalu perutku terasa lapar, ku terus pergi ke warung. Ku mendekati pelanggan di situ dengan berbunyi meow, ada yang tidak melayanku, ada yang hanya memberikan tulang. Tiba-tiba hadir pekerja di situ membawa penyapu dan menghalau aku. Aku terus berlari. 

Dalam hatiku, bukan mudah menjadi seekor kucing.  aku memang tidak bersyukur. Penat aku berjalan untuk ke tempat aku, dulu aku terbang, taklah penat macam ini. Betapa mudahnya kehidupan aku dulu, namun aku tak bersyukur. Tak semua didunia ini, dilahirkan dalam kesenangan dan kesusahan itu bukannya untuk selamanya. Kita yang perlu mengubah hidup kita.

Tiba-tiba, bunyi "vrooooom, vrrrrooom, vrooom,'' kelihatan kereta laju menghampiriku. Aduh, sakitnya kena langgar. Terus terpejam mataku yang bulat ini..

"Hitam, bangunlah!!!" Kedengaran suara aneh. Adakah aku masih kucing? Siapa panggil aku? "Oooiii, hitam, bangunlah. Jangan buat merpati risau". Aku terus membuka mata, rupanya sang merpati yang panggil aku. Aku terus cakap dengan dia "aku masih kucing ke?" "Kau ini mengarut kenapa, kau ini burung gagakla" jawab merpati. "Macam mana aku ada di sini" jawabku.  Merpati membalas "kau hilang 3 hari dan aku jumpa kau kat tengah jalan. Sayap kau cedera" balas merpati.

Aku terus terdiam. Apa yang terjadi mimpi ke realiti?

12 March 2014

Pemandangan yang indah......


Cantik tempat ini walaupun penat berjalan kerana tempatnya luas dan macam mendaki bukit pun ada. 
Jika ada stamina tinggi, memang sesuai sangat ke tempat ini. ^_^





Muzium owl, taman burung dan pemandangan atas bukit. Kat sini, memang banyak kena naik tangga dan berjalan. Boleh kurus kalau hari2 datang.. :) 

09 March 2014

Review Hada labo WHITENING

Hari ini kita nak review pasal produk hada labo. Kita beli trial pack whitening kat watson. Harga rm20 sahaja. Masa permulaan pakai, macam naik jerawat. Lepas tue, kita teruskan pakai dan sebab kerisauan jerawat itu kita pakai mask yogurt. Lepas tue, jerawat berkurangan dan mungkin disbbkan faktor lain berjerawat naik banyak. Then, teruskan pakai juga (dh dekat 3 bulan pakai) dan sampai sekarang hasilnya kulit jadi lembut dan kurang naik jerawat.

Apa yang kita suka:
Lotion (mcm toner) : bila pakai muka jadi soft
Milk (mcm pelembab muka): bila pakai muka macam shine sikitlah

Apa2 pun, beli trial dulu dan tengok berkesan ke x utk wajah kita. :)


Ini produknya. :)