Salji

29 April 2014

Meow dan gagak


"Meow, meow" kelihatan seekor kucing parsi mendekatiku. Kelihatan matanya yang bulat membuatkan ku ingin mencubitnya. Datang seorang wanita berwajah manis dan berpakaian indah, memanggil "baby, baby" dan ku melihat si kucing lari mendekatinya dan dia membawa  kucing itu masuk ke dalam kereta mewah.

Aku termenung seketika. Bertapa bertuah kucing itu. Disayangi dan dijagai. Aku ini seekor burung gagak tua yang di biarkan. Malahan, jika sesetengah manusia melihatku bakal menjerit, mungkin kerana wajahku yang menakutkan.

Aku terus terbang mencari makanan. Jika ada rezeki, pasti ku akan jumpai  makanan. Namun, ku tahu Allah maha adil, setiap makhluk Allah pasti ada rezekinya. Cuma kita perlu berusaha.

Aku membuka mata perlahan-lahan. Kenapa pagi ini aku terbangun terasa lain. Terasa saiz badanku berbeza, adakah di sebabkan oleh aku termakan roti semalam terlampau banyak. Bingung aku dibuatnya. Terus aku bangun dan ku lihat serpihan kaca, badanku sangat berbeza. Seperti kucing. Aku menjerit dan ku sedari suara aku  berbunyi "meow, meow, meow"

Ku melihat sekeliling. Aku tetap di tempat sama, iaitu tempatku lena. Aku cuba memenangkan diri.  Lalu perutku terasa lapar, ku terus pergi ke warung. Ku mendekati pelanggan di situ dengan berbunyi meow, ada yang tidak melayanku, ada yang hanya memberikan tulang. Tiba-tiba hadir pekerja di situ membawa penyapu dan menghalau aku. Aku terus berlari. 

Dalam hatiku, bukan mudah menjadi seekor kucing.  aku memang tidak bersyukur. Penat aku berjalan untuk ke tempat aku, dulu aku terbang, taklah penat macam ini. Betapa mudahnya kehidupan aku dulu, namun aku tak bersyukur. Tak semua didunia ini, dilahirkan dalam kesenangan dan kesusahan itu bukannya untuk selamanya. Kita yang perlu mengubah hidup kita.

Tiba-tiba, bunyi "vrooooom, vrrrrooom, vrooom,'' kelihatan kereta laju menghampiriku. Aduh, sakitnya kena langgar. Terus terpejam mataku yang bulat ini..

"Hitam, bangunlah!!!" Kedengaran suara aneh. Adakah aku masih kucing? Siapa panggil aku? "Oooiii, hitam, bangunlah. Jangan buat merpati risau". Aku terus membuka mata, rupanya sang merpati yang panggil aku. Aku terus cakap dengan dia "aku masih kucing ke?" "Kau ini mengarut kenapa, kau ini burung gagakla" jawab merpati. "Macam mana aku ada di sini" jawabku.  Merpati membalas "kau hilang 3 hari dan aku jumpa kau kat tengah jalan. Sayap kau cedera" balas merpati.

Aku terus terdiam. Apa yang terjadi mimpi ke realiti?

No comments:

Post a Comment