Salji

30 March 2011

ada yang lebih baik.

mengapakah takdir begini?
mungkin ada yang lebih baik,
dari itu........
aku harus berani untuk melalui gunung berapi,
memang agak susah,
terdapat pelbagai halangan yang harus ku tempuhi,
tetapi kenapa banyak sangat halangan?
mengapakah begini kesudahan ini?
aku tak mengerti?
apa yang harus ku melakukan?
tapi aku pasti ada yang lebih baik darinya.......
buat kisah ini.

27 March 2011

(^___^).

mengapakah kita tidak sedar kesilapan diri kita?
mengapakah kita merasakan diri kita ini adalah sempurna?
ini disebabkan keegoan dan kita tak mahu mengaku kesalahan kita.kita juga merasa diri kita ini sahaja yang betul.jadi kita seharusnya menbuang perangai ego.~ manusia mudah melakukan kesilapan & haruslah perbetulkan kesilapan.semoga kita menjadi lebih baik daripada sebelum ini.

apa akan terjadi seterusnya?

kita mampu merancang,
tetapi Allah yang menentukan,
setiap yang berlaku ada hikmahnya...
kita haruslah tempuhinya dengan penuh kesabaran.........................
apa yang akan terjadi selepas ini?
kadang-kala kita tak sangka perkara itu akan terjadi,
jika ia perkara yang gembirakan mestilah kita suka tetapi jika perkara itu sedih sudah tentu kita tak suka.apapun kita haruslah tabah menghadapi dugaan.Allah memberikan kita dugaan kerana Allah menyayangi kita.jadi hadapilah dengan ketabahan.
~ salam perjuangan ~

22 March 2011

hatiku.

mengapakah aku harus bertolak ansur,
mengapakah aku harus berundur?
mengapakah aku harus berkorban demi kebahagiaan orang lain?
dimanakah kebahagiaan aku?
takkan ku harus berkorban dan tidak menjaga perasaan aku ini.
takkan ku nak biarkan hatiku terluka?
demi untuk menjaga perasaan orang lain?
adakah itu adil buat diriku?

19 March 2011

:)

Rasullah s.a.w bersabda:" tidaklah Allah menurunkan penyakit kecuali berserta dengan ubatnya"
( hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari )
 
 
 

(^_^).

Rasullah SAW bersabda:" Apabila salah seorang diantara kamu marah,dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri,maka hendaklah ia duduk.kerana hal itu akan menghilangkan marahnya.dan kalau tidak,maka hendaklah ia berbaring"
( Riwayat Muslim )

Rasullah SAW bersabda : " Marah itu datangnya daripada syaitan,dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadam dengan air.oleh itu, apabila salah seorang diantara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk "
( Riwayat Abi Daud ).

Nabi Muhammad SAW bersabda " keredhaan Allah terletak pada keredhaan kedua orang tua dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan kedua orang tua."
[riwayat Tirmizi daripada Abdullah Ibnu Amr r.a ]
 
Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bahawa Rasullah SAW bersabda : " sesiapa mengucapkan selamat kepada saudaranya ketika saudaranya mendapat kebahagiaan nescaya Allah menggembirakannya pada hari kiamat"
( Riwayat Tabrani)
 
Rasullah SAW bersabda;
"apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaknya ia memberitahu kepadanya"(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
 
tidak ada satu pun musibah ( ujian )yang menimpa seorang muslim melainkan dosanya diampunkan oleh Allah Taala kerananya ( disebabkan musibah itu ),sekalipun musibah itu hanya kerana tertusuk duri"
( Riwayat Muslim daripada Aisyah r.ha ).

kisahku.........

ku tak mampu untuk tanggung semua ini,
ia berat buat diriku,
namun apakan daya ku harus lalui semua ini,
walaupun ia sememangnya berat,
ku tahu ku mampu laluinya........
apakah kesudahan kisah ini,
adakah ia akan tamat begitu sahaja?
setelah ku berusaha untuk berjaya,
dan hanya sekelip mata ia tamat.....
adakah ia adil buat diriku ini?
tetapi ku harus terima ia seadanya......
walaupun sememangnya perit buatku..........

09 March 2011

takdir begini.(rekaan je ).

ku tak mahu,
perpisahan,
ku tak mahu,
kekecewaan,
ku tak mahu,
hati sesiapa terluka.
biarkan aku menanggung semuanya,
biarkan hati ini terluka,
asalkan kau bahagia,
ku tak mahu hidup dalam penipuan,
memang begini,
ku tak mampu untuk pertahankan lagi,
ku dah sabar menunggu,
ini semua berat buat diri ini,
diri ini terasa terluka dan tidak dihargai.
buat apa ku harus bertahan?
memang akan ditakdirkan begini,
alangkah gembira jika ku mampu,
untuk mengembalikan waktu,
dan perbetulkan apa yang salah,
tapi ia sudah terlambat,
walaupun aku membawa sejuta cinta,
kau takkan pernah menghargainya,
biarkanlah ku berikan kepada sesiapa,
yang menghargainya......
biarkan diri ini terluka,
asalkan kau bahagia............
kisah ini sudah berakhir.
jika ada lagi kisah buatmu,
kita akan jumpa lagi....
walaupun ia semamangnya,
berat buat diriku.....

dialog ( rekaan je )

seperti biasa mak miau dan cik miau akan pergi ke hutan untuk mencari makanan.

cik miau    :mak miau,kita dah sampai ke belum?
mak miau  :sudah nak.sekarang ikut mak pergi masuk  ke dalam hutan.kamu harus hati-hati.
cik miau     : baiklah mak.
mereka pun masuk dalam  hutan dengan berhati-hati.tiba-tiba mereka ternampak sang belang di hadapan mereka.lantas mak miau menyuruh anaknya menyorok.kemudian tanpa disedari sang belang menyerang mak miau.cik miau tak mampu untuk melakukan apapun untuk menyelamatkan ibunya.kelihatan ibunya cedera parah.selepas sang belang beredar dari situ.cik miau pergi dari situ dalam keadaan yang sedih.
cik miau: sekarang aku telah menjadi anak yatim piatu dan aku telah kehilangan mak ku yang teramat penting buatku.
tiba -tiba,
seekor kucing menghampiri cik miau dan berkata.
mak tam:kelihatan kamu teramat sedih dan kamu hendak kemana?
cikmiau : saya tak tahu arah mana hendak tuju dan sekarang saya telah menjadi anak yatim.
mak tam :owh begitu.nama kamu apa?
cikmiau  : nama saya cikmiau.
mak tam :apa kata cikmiau mengikut saya dan jadi anak angkat saya.memang menyakitkan andai kita kehilangan sesuatu.mak tam pernah kehilangan 3 ekor anak saya.cikmiau setuju?
cikmiau  : saya setuju...terima kasih ye.
mak tam  : sama-sama.

akhirnya mak tam dan cikmiau hidup bahagia dan cikmiau teramat rindukan ibunya.