Salji

29 December 2012

ALLAH KAN ADA

Bila Rasa Tak Ada Harapan,
Bila Rasa Lemah,
Bila Rasa Risau,
Bila Rasa Tak Mampu,
Bila Rasa Sedih,

Cakap pada diri...
"ALLAH KAN ADA"

InsyaAllah...

Ada HARAPAN,
Ada KEKUATAN,
Ada  KETENANGAN,
ADA KEMAMPUAN,
Ada KEBAHAGIAAN,



2013 :)

Assalamualaikum Semua...
Disebabkan internet slow untuk layari Facebook. Ku buka blog dan tulis blog. Tak sangka lagi beberap hari dah masuk 2013 dah. Masa Memang Berjalan Dengan Pantas Sekali. Apa Yang Ku Harapkan Diri Ini Menjadi Lebih baik Daripada Sebelum Ini Dan Tahun Depan Lagi Bahagia Daripada Tahun Ini. InsyaAllah...

Harap Tahun Depan Apa Yang Ku Inginkan Jadi KENYATAAN. InsyaAllah... :)



Sedap juga jika makan durian crepes kegemaranku...
(sorry, x ada kena mengena dengan post saya)
^_^




24 December 2012

PERKONGSIAN ILMU

Assalamualaikum Semua...

TIP HADAPI UJIAN KEHIDUPAN...
1. SABAR
2. DOA
3. REDHA
4. KUAT 
5. LUAHKAN SEGALA ISIHATI PADA ALLAH

InsyaAllah... :)

SENTIASA SENYUM WALAUPUN SEDIH ^_^

UJIAN ITU MENGAJAR KITA BERSABAR :)




             MOGA KITA KUAT HADAPI UJIAN KEHIDUPAN. :)

18 December 2012

Sekadar Penulisan Berwajah Baru

Assalamualaikum...
Alhamdulilah, selesai juga menghias blog ku ini. Walaupun dalam masih belajar lagi menguruskan blog ini, namun ku cuba belajar dan terus belajar bagi blog ini cantik dan kemas. Akhirnya, berjaya juga. Alhamdulilah... 

p/s: Tahun Depan Penuh Dengan Cabaran. Ku Harus Kuatkan Diri Dan Sesuaikan Diri Agar Menjadi Insan Yang Berjaya! InsyaAllah... :)

16 December 2012

JODOH :)

YA ALLAH,
JIKA BENAR DIA JODOHKU,
MANA TEMUKANLAH KAMI DAN SATUKANLAH KAMI DENGAN IKATAN YANG SUCI DAN HALAL...

NAMUN,

JIKA BENAR DIA BUKAN JODOHKU,
MANA JAUHKANLAH KAMI DAN REDHAKANLAH HATI KAMI... 









Hari Esok

ENTAH APA YANG BERLAKU BESOK,
APA YANG PENTING,
KU HARAP DAN TERUS BERDOA PADA ALLAH...
TERUS BERHARAP DAN BERTAWAKKAL...
MOGA BAHAGIA ITU HADIR...

NAMUN,
SEBAGAI MANUSIA, KU HARUS REDHA DENGAN KETENTUAN ALLAH...

SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENGETAHUI MANA YANG TERBAIK BUATKU...


10 December 2012

Puisi HATI Ini...




Kekadang Sesuatu Benda Didunia Ini,
Hanya Kita Mampu Untuk Melihat Sahaja,
Namun Tak Mampu Untuk Memilikinya...

Kita Hanya Mampu Melihatnya Dari Jauh,
Dan,
Biarkan Ia Pergi Begitu Sahaja...

Sebagai Manusia,
Mesti Redha Dengan Takdir ALLAH...

Mungkin Itu Adalah TERBAIK BUAT KITA :)


p/s: TETAP TERSENYUM KERANA KITA ADA ALLAH :)

26 October 2012

Kisah Hari Ini...

Assalamualaikum Semua...

Sesiapa kat sini pernah ada sifat x bersyukur? Mesti pernah ada kan. Yang tak ada itu, Alhamdulilah. Bagus sangat2. Yang ada tue, cepat buangkan sifat x baik itu dalam diri kita...

Kekadang bila kita x bersyukur, kita asyik nak soalkan kenapa takdir kita macam ini. Tapi, kita tak pernah sedar yang ada orang lebih susah dari kita, lagi sedih dari kita. Itulah manusia, selalu x bersyukur... 

Setakat Ini Sahaja kita kongsikan kisah hari ini... Selamat Hari Raya AidilAdha buat semua... Maafkan kita andai pernah post perkara yang menyakitkan hati pada pembaca2 semua... T.Kasih pada kawan2 yang follow blog kita yang biasa2 ini....


29 September 2012

Kartun Muslimah










Terpendam Dihati...

Biarkanlah Aku Dan ALLAH
Yang Tahu Apa Yang Terpendam Dihati,

Biarkanlah perasaan ini terpendam dihati,

Yang penting, ku harus ada kekuatan di hati,

Ku Tahu ALLAH sentiasa ada denganku,

Mungkin ini ujian buatku,

Biarkanlah ia tersimpan rapi,

InsyaAllah, suatu hari nanti perasaan ini akan pergi dengan sendiri ataupun kekal di hati...




Hanya ALLAH Yang Tahu...
Sememangnya
Kita Belum Tahu Apa Yang Akan Jadi Pada Masa Depan,
Kita Boleh Merancang Tapi ALLAH Yang Tentukan,
Teruskan Berdoa dan bertawakkal pada ALLAH.

InsyaAllah, Pelangi Itu Akan Hadir Jua...


02 June 2012



Sekadar Penulisan

Ya Allah,
Berikanlah aku kekuatan untuk redha dengan ketentuanMu,
Ya Allah,
Ampunilah dosaku dan dosa ibubapaku,
Ya Allah,
Berikanlah aku kesabaran dan ketabahan untuk menghadapi ujian kehidupan,
Ya Allah,
Hilangkanlah kesedihan dihatiku ini,
Ya Allah,
Permudahkanlah segala urusanku,
Ya Allah,
Berikanlah ketenangan dan kebahagiaan buatku dan buat insan2 yang ku sayangi,
Ya Allah,
Hilangkanlah resah dihati ini...








Setiap Yang Berlaku, Ada Hikmahnya...


Bersabarlah Menghadapi Ujian Kehidupan Yang Sementara...

01 June 2012

Beautiful Picture










Pemilik Tulang Rusukku...

Wahai Pemilik Tulang Rusukku,
Entah dimana dia berada,
Entah apa yang dia buat,
Hanya ALLAH Yang Tahu,
Yang mampu ku doakan agar dia bahagia disana dan keadaan dia baik,
Wahai Pemilik Tulang Rusukku,
Persiapkanlah dirimu dengan ilmu dunia dan akhirat,
Laksanakan perintah ALLAH dengan sebaiknya,
Jagalah hati ibubapamu dengan sebaiknya,
Wahai Pemilik Tulang Rusukku,
Maafkanlah aku andai ada kekurangan,
Bimbinglah aku ke jalan yang diredhaiNya,

Moga Suatu Hari Nanti ALLAH Temukan Kita Dengan Pernikahan Yang Sah...
InsyaAllah...



Muslimah...

Muslimah,
Dirimu Sangat Berharga,
Lebih Berharga Dari Emas,
Muslimah,
Jagalah maruahmu, akhlakmu dan auratmu dengan sebaiknya,
Muslimah,
Jagalah adab pergaulan ketika berada dengan lelaki yang bukan mahram,
Muslimah,
Jagalah lidahmu dengan sebaiknya dari bercakap perkara yang x baik...
Muslimah,
Laksanakanlah perintah ALLAH dengan ikhlas...
Moga kamu menjadi muslimah solehah idaman muslim soleh. InsyaAllah...


~ Sekadar Penulisan ~

06 May 2012

Kisah Ahmad

KISAH AHMAD 1:

Seperti biasa selepas Ahmad balik dari kerja di Kuala Lumpur, Ahmad akan menelefon umminya yang berada di kampung.

Ahmad: Assalamualaikum. Ummi apa khabar?

Ummi: Waalaikummusalam Ahmad. Alhamdulilah, Ummi sihat. Bagaimana keadaan Ahmad di sana? Ahmad sihat?

Ahmad: Alhamdulilah, Ahmad sihat & kat sini semuanya ok. Cuma, rindukan Ummi dan adik di kampung.

Ummi: Oh. ya ke? Erm. Ummi pun sama, rindukan anak Ummi nie. Adik Ahmad kirim salam.

Ahmad: Waalaikummmusalam.

Ummi: Ahmad, Ummi ada khabar berita baik. Nanti Ahmad balik kampung ya. Ummi nak tanya ini, Ahmad masih menyimpan perasaan pada Maisara ke?

Ahmad: Berita gembira apa Ummi? Erm... hehe...

Ummi: Nanti Ahmad balik ya. Mesti Ahmad masih suka kat Maisara kan?

Ahmad: Ya, Ummi. Hujung minggu nie Ahmad balik ya.

Ummi: Baiklah...

Hujung Minggu...

Ahmad: Assalamualaikum Ummi.

Ummi: Waalaikummmusalam Ahmad. Mai masuk dulu. Ummi buatkan air...

Ahmad: T.Kasih Ummi. Mana Adik Farah, Ummi?

Ummi: Adik Farah keluar pergi main dgn kawan2 dia. Sama2 Ahmad.

Ahmad: Oh, Ummi...

Ummi: Ya, Ahmad...

Ahmad: Sebenarnya berita gembira apa Ummi nak beritahu Ahmad?

Ummi: Haritu Ummi pergi rumah ibu Maisara dan kami bincang mahu satukan Ahmad dengan Maisara dengan pernikahan sah. Lagipun, Ahmad dah kenal Maisara dari sekolah menengah lagi kan?

Ahmad: Ya ALLAH. Betul ke Ummi? Maisara setuju ke x Ummi?

Ummi: Betul Ahmad. Maisara dah setuju. Dia ada bagitau kat Maknya yang Dia pun menyimpan perasaan sama macam Ahmad. Setiap kali bila dia solat, mesti dia doakan jika Ahmad jodoh terbaik dengan dia, maka ALLAH SWT temukan ahmad dengan dia. Akhirnya doanya termakbul juga. Sekarang nie Maisara buka kedai jual baju muslimah di KL. Tapi, sekarang ini dia cuti dan ada di sini.

Ahmad: Alhamdulilah... Bila Ummi nak masuk meminang dia?

Ummi: Ummi berhasrat nak masuk meminangnya lagi 1 minggu dan terus akad nikah selepas 2 minggu meminangnya. Benda baik kena segerakan.

Selepas 3 Minggu:
Kini Ahmad dan Maisara sudah sah menjadi suami isteri. Indahnya, bercinta selepas nikah. Moga Cinta Mereka Kekal Hingga Ke Syurga...

Mempunyai perasaan CINTA Dalam DIAM Itu Comel ^_^
Dan,
BerCINTA Selepas NIKAH itu Indah ^_^


Cerita Ini Hanya Rekaan Semata-mata. (♥^_^♥)



Kisah Ahmad 2:


Setelah Ahmad dan Maisara Mendirikan Rumahtangga Selama 18 Tahun, Mereka Dikurniakan Cahaya Mata Yang Kini Berusia 17 Tahun. Ahmad dan Maisara Mendidik Anaknya Yang Bernama Syafiq dengan ilmu dunia dan di akhirat. Anaknya Syafiq menanyakan soalan pada kedua ibubapanya.....

Syafiq: Ummi, macam mana ummi boleh jumpa dengan abah?

Maisara: Semuanya ketentuan ALLAH SWT. Alhamdulilah, kerana ummi jumpa dengan abah, seorang suami yang soleh.

Ahmad: Alhamdulilah, kerana ALLAH SWT kurniakan isteri yang solehah dan anak yang soleh kepada abah.

Syafiq: Ummi dan abah, nanti bila Syafiq nak ada teman hidup. Syafiq nak jadi macam abah dan nak isteri macam ummi. Abah dan ummi tolong doakan Syafiq dapat isteri yang baik.

Ahmad: InsyaAllah Syafiq. Ingat Ya Syafiq, Lelaki yang baik untuk wanita yang baik dan wanita yang baik untuk lelaki yang baik.

Maisara: Betul Cakap Abah kamu itu, Syafiq.

Syafiq: InsyaAllah, Syafiq akan jadi suami & bapa yang soleh kepada isteri dan anak2 Syafiq nanti kelak...

Maisara: Anak Ummi belajar rajin2. Tuntutlah ilmu untuk dunia dan akhirat juga ya, Syafiq... Dan Bagi dapat semua matapelajaran A, lepas itu sambung belajar ke universiti. Kemudian Syafiq kerja dan InsyaAllah, jodoh Syafiq akan sampai bila masa yang TERBAIK... Janji dengan ummi dan abah, bercinta selepas nikah ya dan jaga pergaulan dengan wanita.

Syafiq: InsyaAllah ummi...

Ahmad: Syafiq, pergi ambil wudhuk, kita solat jemaah sama2 ya! Selepas dah habis solat, belajar ya.

Syafiq: Baik Abah! :)

24 March 2012

Karyaku...

Memang pahit macam kopi yang x ada gula bila orang lain menasihati dengan menggunakan bahasa yang agak sensatif sampai menusuk ke hati kita.
Tapi, cubalah berfikir dengan positif. Mungkin kata pahit itu boleh jadi kata manis macam gula andai kita berfikir kata itu sebagai kata semangat agar kita berubah ke arah lebih baik. Mungkin orang lain itu sangat peduli kepada
kita sebab itulah orang lain itu menegur kita.

P/S: Sentiasa Berfikir Positif ^_^

06 March 2012

Kata2 Mutiara...

Jadilah seperti MUTIARA di pasir,
Ianya Tersembunyi,
Hanya insan yang teliti akan menjumpai mutiara itu...(^_^♥)...

~♥ MUTIARA itu sangat berharga, Hanya insan yang bertuah dapat memilikinya... ♥~

~♥ Cahaya Solehah ♥~


Percayalah, bahawa menutup aurat itu lebih cantik berbanding mendedahkan aurat...Jadi, Tutuplah Auratmu Sebelum Auratmu DiTutupkan...(^_^)...
 

~♥ Cahaya Solehah ♥~

Kata Hatiku...(^_^♥)...

Wahai Sahabatku,
Tolong ingatkanku,
Saat ku lupa,
 Tolong ingatkanku,
Bahawa dunia ini hanya sementara,
Yang kekal hanyalah Akhirat...
Tolong ingatkanku,
Bahawa setiap benda yang kita lakukan di dunia ini,
Pasti akan mendapat balasan walaupun sekecil biji sawi...
Tolong ingatkanku,
Agar patuh pada perintah ALLAH SWT
Dan Tinggalkan larangan ALLAH SWT...
Tolong ingatkanku,
Bahawa kehidupan ini seharusnya berlandaskan Al-Quran &
As-Sunnah...

Sahabatku,
Nasihatilah Aku Andai Ku Terbuat Kesilapan & Doakan yang Terbaik buatku...

Moga kita bahagia didunia & diakhirat kelak...InsyaALLAH, Amin... =)

♥♥♥ CaHaYa SoLeHaH ♥♥♥

02 March 2012

✿❤✿❤✿✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤

Dengarlah nasihat yang mahmudah daripada seseorang walaupun dia memiliki akhlak yang kurang baik, asalkan nasihat dia itu baik & bermanfaat. Janganlah Terlampau menilai diri manusia yang lain, Akan Tetapi nilailah diri kita terlebih dahulu. Ambillah nasihat dia & amalkan nasihat dia, jika nasihat dia itu baik &
x melanggar hukum syarak.
Ambil Yang Jernih, Buang Yang Keruh,
Moga Kita Bahagia Di Dunia & Di Akhirat Kelak... InsyaALLAH, Amin... =)

~❤ Hanya ALLAH yang dapat menilai manusia itu baik ataupun jahat... ❤~

P/S: Andai saya Tersalah kata, harap ditegur & dimaafkan...

Jaga DIRI, Jaga IMAN, Jaga HATI... ♥ ♥ ♥

~ Cahaya Solehah ~

✿❤✿❤✿✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤

29 February 2012

♥♥♥ ...Jujur Itu Lebih Baik Daripada Berbohong...♥♥♥

✿ Berkatalah benar walaupun kebenaran itu pahit,
✿ Berjujurlah dalam berkata,
✿ Janganlah berbohong,
✿ Kerana sekali anda berbohong, selama-lamanya orang xkan percaya sepenuhnya pada anda....

✿ Jujur itu lebih baik... ✿

Muhasabah Diri

Apa perasaan anda bila orang menyakiti hati anda?
= mesti sakit hatikan...

Apa perasaan anda bila orang bercakap dengan anda menggunakan bahasa yang kasar?
= mesti marahkan & merasakan diri ini x dihormati...

 Apa perasaan anda bila orang berbuat jahat pada anda?
= mesti geramkan...

Apa perasaan anda bila orang menipu anda?
= mesti kecewakan...

Jadi, janganlah sesekali kita menyakiti hati, bercakap kasar, berbuat jahat, menipu & berbuat perkara yang mazmumah pada manusia yang lain...
Biarlah manusia yang lain nak buat apa kat kita tapi kita jangan sesekali ikut perangai manusia yang lain & jangan membalas...
Jika kita ikut perangai jahat manusia yang lain maksudnya kita sama jer dengan sikap manusia yang lain...
So, Kita doakan mudah-mudahan manusia itu sedar akan kesalahannya...
InsyaALLAH... =)

Renung-Renungkanlah... ♥ ♥ ♥

Jaga DIRI, Jaga IMAN, Jaga HATI... ♥ ♥ ♥
P/S: Andai ada Terkata silap, harap dimaafkan & diTegur... =)
 

28 February 2012

(♥^_^♥)

❤ Jangan kerana 1 kesalahan orang itu telah berbuat jahat kepada kita,
❤ Kita terus lupa 10 kebaikan orang itu yang telah berbuat baik kepada kita...

Renung-Renungkanlah... ❤ ❤ ❤
 

24 February 2012

Dialog...

Nina: Assalamualaikum Aina...kenapa termenung nie?

Aina: Waalaikummusalam Nina...Erm...Aina sedih sebab ada orang kata Aina nie kolot & x reti fesyen langsung...

Nina: Eh, mana ada...Nina tengok pakaian Aina ok...Dan Aina tutup aurat dengan sempurna...Sepatutlah orang tue ikut cara pemakaian Aina bukannya kata kat Aina...Nina suka Aina pakai pakaian macam nie...Cantik & Tutup Aurat...

Aina: Oh...Alhamdulilah...Cuma Aina sedih sebab orang tue cakap macam tue...Apapun, Aina doakan moga dia buka hati untuk memakai pakaian yang menutup aurat...

Nina: InsyaALLAH, Amin...Aina, apapun orang kata kat Aina...Aina jangan kecil hati dan teruskan memakai yang elok & menutup aurat...Biarlah mereka nak kata apa...Yang penting Aina ikut suruhan ALLAH SWT & Aina kena jaga aurat Aina dengan sebaik-baiknya...

Aina: InsyaALLAH...Terima Kasih Nina...

Nina: Sama2 Aina...

Utamakanlah Pandangan ALLAH SWT Daripada Pandangan Manusia...(^_^♥)...

Renung-Renungkanlah... ♥

p/s: Sekadar perkongsian sahaja...Cerita Ini Hanya Rekaan Semata-Mata...Andai ada tersalah kata, harap dimaafkan & ditegur... =)
 
 

Karyaku =)

SABAR bila MARAH,
REDHA dengan KETENTUAN ALLAH SWT,
IKHLAS dengan TAKDIR ALLAH SWT,
SENYUM saat HATI BERDUKA,
KUAT saat DIRI LEMAH,
BERISTIGHFAR bila TERBUAT DOSA,
MENANGIS saat MENGENANGKAN DOSA2 YANG SILAM,
BERSYUKUR dengan PEMBERIAN ALLAH SWT,
BERCAKAP BAIK bila BERKATA-KATA,
MEMINTA MAAF bila MELAKUKAN KESALAHAN,
MEMAAFKAN bila ORANG MEMINTA MAAF,
BERTERIMA KASIH bila ORANG MENGHULURKAN BANTUAN...
DAN,
SENTIASA BERBUAT PERKARA YANG BAIK...
Jauhilah sifat mazmumah,
Dekatilah sifat mahmudah...(♥^_^♥)

InsyaALLAH =)

Moga Kita Bahagia Di Dunia & Di Akhirat Kelak...InsyaALLAH, Amin... =)

Jaga DIRI, Jaga IMAN, Jaga HATI...

Karyaku...^^,

 
KESILAPAN:
Kesilapan itu membuatkan kita bertambah matang & lebih mengenal kehidupan ini...
Kita seharusnya belajar daripada kesilapan yang telah kita lakukan...
Janganlah pula mengulangi kesilapan tersebut...
Setiap yang berlaku, ada hikmahnya...
BERHARAP:
Dalam kehidupan ini, kita janganlah terlampau berharap pada manusia,
kerana manusia ini boleh berubah...
Jadi, berharaplah pada ALLAH SWT...
Moga kita bahagia didunia & juga diakhirat kelak...InsyaALLAH...

YAKIN DIRI:
Sentiasalah yakin pada diri sendiri...Janganlah terlampau rendah diri & x yakin pada diri sendiri...Sentiasalah berusaha untuk memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada sebelum ini...
Usaha, Doa, Tawakkal... =)

BERDOA:
Berdoalah pada ALLAH SWT...mengadulah pada Dia...Jangan sesekali segan utk berdoa dan kita seharusnya mendekatkan diri kita pada ALLAH SWT...InsyaALLAH...
Doa itu senjata orang mukmin...

CINTA:
Cintailah ALLAH SWT terlebih dahulu sebelum mencintai diri sendiri...
Cintailah manusia dengan sederhana, kerana apabila kita terlampau mencintai manusia, takut nanti akan memudaratkan diri sendiri...Sememangnya, CINTA ALLAH CINTA ABADI & CINTA YANG PALING SEJATI IALAH KITA MENCINTAI ALLAH SWT... ♥♥♥

UJIAN:
Bersabarlah bila ditimpakan ujian...Yakinlah padaNya...Mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi...Janganlah bersedih dan kita seharusnya redha dengan ketentuanNya...Mudah-mudahan kita kuat untuk melalui ujian kehidupan...InsyaALLAH, Amin...

BERSYUKUR:
Bersyukurlah diatas nikmat yang di beri ALLAH SWT...Sentiasalah berkata "Alhamdulilah" apabila di kurniakan nikmatNya walaupun hanya pinjaman semata-mata...Gunalah nikmat yang di beri ALLAH SWT dengan melakukan kebaikan & mendatangkan faedah pada diri kita & orang di sekeliling kita...Moga kita sentiasa bersyukur nikmat yang di beri ALLAH SWT...InsyaALLAH...

BAIK:
Berbuatlah baik kepada sesiapa sahaja...Janganlah memiliki sifat MAZMUMAH dan kita seharusnya memiliki sifat MAHMUDAH....Dan kita seharusnya memiliki sifat yang ikhlas apabila kita berbuat baik...Jangan kerana kepentingan diri sendiri, kita berbuat baik...Kita seharusnya berbuat baik kerana ALLAH SWT...Moga ALLAH SWT sentiasa merahmati kita...InsyaALLAH, Amin...

♥♥♥ JAGA DIRI, JAGA IMAN, JAGA HATI ♥♥♥

P/S: Andai ada tersalah kata, harap dimaafkan & ditegur...(^_^)...

03 February 2012

Nasihatku Untukmu...

(。◕‿◕。) (。◕‿◕。) (。◕‿◕。) (。◕‿◕。) (。◕‿◕。) (。◕‿◕。) (。◕‿◕。) (。◕‿◕。)
♥♥♥ Nasihat ku Untukmu... ♥♥♥

Ingatlah, sahabat2 ku sekalian...
 Setiap benda yang kita lakukan didunia ini,
Pasti akan dapat balasannya walaupun sekecil biji sawi...
Balasannya mungkin didunia ataupun diakhirat...
Balasannya samada lambat ataupun cepat...
Berbuatlah BAIK pada sesama manusia...
Janganlah sesekali berbuat JAHAT...
KUrangKan DoSa, TingKaTkan PaHaLa...
InsyaALLAH...

(^_^)...

 Sebelum Melakukan Sesuatu, Berfikirlah Terlebih Dahulu...

JaGa DiRi, JaGa ImAn, JaGa HaTi...
(。◕‿◕。) (。◕‿◕。) (。◕‿◕。) (。◕‿◕。) (。◕‿◕。) (。◕‿◕。) (。◕‿◕。) (。◕‿◕。)

CAHAYA SOLEHAH (◕‿◕♥)

02 February 2012

Cahaya Solehah

Ikhlas dengan apa yang terjadi,
Redha dengan ketentuannya,
Sabar menghadapi ujian kehidupan,
Berusaha untuk mengubah kehidupan,
Senyum saat hati berduka,
Menangis mengenangkan dosa,
Bersyukur di atas nikmat yang diberiNya...

Kehidupan...

Didunia ini,
penuh dengan warna-warni kehidupan,
penuh dengan kegembiraan,
gelak-ketawa,
penuh dengan kesedihan,
bersedih & berduka,
Kekadang,
kita bertemu dengan manusia yang pelbagai perangai,
ada yang baik,
ada yang kurang baik,
ada yang sombang & macam2 lagi...
Kekadang juga,
kita bertemu dengan insan yang menyayangi kita,
contohnya, keluarga yang selalu mencurahkan kasih sayang kepada kita....
Tapi,
Kita seharusnya sedar bahawa didunia ini hanya sementara,
Yang kekal hanya Akhirat...
Jadi,
Sayangilah manusia dgn sederhana,
Sayangilah ALLAH SWT dengan sepenuh hati,
Kumpulkanlah pahala untuk bekalan Akhirat...
Tambahkanlah pahala, Kurangkanlah dosa...
Moga kita bahagia didunia & diakhirat kelak...
InsyaALLAH...

01 February 2012

Kata2 Dari Insan Yang Biasa...


Hidup ini x selalu indah,
Kekadang bahagia,
Kekadang berduka,
Dalam menghadapi ujian ini,
Seharusnya memiliki sifat yang sangat tabah,
Untuk melalui ujian yang begitu besar dimata kita,
Bersyukurlah disaat,
Bahagia mahupun susah,
Kerana bukan semua dapat merasai kebahagiaan kita saat ini...
Dan mungkin ada orang lebih berat ujiannya daripada kita...
Alhamdulilah... ♥♥♥♥♥

30 January 2012



Saya bukan manusia yang BAIK, Tapi saya nak jadi BAIK.
Saya bukan manusia yang SEMPURNA, Tapi saya nak jadi SEMPURNA.
Saya bukan manusia yang BIJAK, Tapi saya nak jadi BIJAK.
Saya bukan manusia yang SABAR, Tapi saya nak jadi seorang yang SABAR.
Saya bukan manusia yang xpernah buat kesalahan, Tapi saya nak belajar daripada kesilapan...

Sesungguhnya Saya Bukan Manusia Yang Sempurna,
Masih banyak ilmu yang harus saya cari... ♥♥♥

Andai ada saya tersalah silap, harap dimaafkan & ditegur...

29 January 2012

Hadis =)

Diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab r.a bahawa beliau telah berkata kepada Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah! Engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu melainkan nyawa yang ada di dalam diriku." Lalu Rasulullah SAW berkata: "Tidak sempurna iman seseorang sehinggalah aku lebih dicintai daripada dirinya sendiri." Umar pun berkata: "Demi Tuhan yang telah menurunkan al-kitab kepada engkau,... sesungguhnya engkau lebih aku kasihi daripada diriku." Baginda berkata kepada umar: "Sekarang imanmu telah sempurna wahai Umar!"
(Riwayat Muslim)


Huraian Hadis:

1) Rasulullah SAW adalah orang yang paling berhak dicintai daripada sekalian makhluk di dunia ini.

2) Mencintai Baginda SAW tidak mencukupi hanya dengan menyatakan dengan lisan tetapi hendaklah dibuktikan dengan perbuatan & amal. Antaranya, dengan mempraktikkan sunnahnya serta melaksanakan segala ajaran baginda SAW.

3) Orang yang sentiasa menjaga akhlaknya & mencontohi peribadi Rasulullah SAW pada hari akhirat kelak akan mendapat ganjaran syafaat daripada baginda SAW.

4) Kita hendaklah berusaha untuk sentiasa menyuburkan iman di jiwa & memastikan bahawa setiap perbuatan yang dilakukan tidak bercanggah dengan syariat yang dibawa oleh baginda SAW.

Lelaki Yang Baik...

LELAKI yang baik xkan sesekali keluar dengan WANITA yang bukan mahramnya...
LELAKI yang baik xkan sesekali mengatakan WANITA itu cantik,
Kerana dia mahu simpan kata2 itu kepada ISTERI YANG TELAH DINIKAHINYA...
LELAKI yang baik xkan mengeluarkan KATA-KATA MANIS kepada wanita yang bukan mahramnya...
Kerana dia TAHU seorang WANITA cepat cair HATINYA apabila mendengar kata2 LELAKI tersebut...
LELAKI yang baik xkan pernah mahu sentuh WANITA YANG BUKAN MAHRAMNYA...
Kerana dia TAHU apa yang dibuatkan itu SALAH dan berDOSA...
LELAKI yang baik akan menikahi WANITA & dia xkan sesekali mempermainkan HATI WANITA,
Kerana DIA TAHU HATI WANITA ITU SANGAT LEMBUT... ♥♥♥
Lelaki yang baik utk wanita yang baik, Wanita yang baik utk lelaki yang baik,
Lelaki yang jahat utk wanita yang jahat, Wanita yang jahat utk lelaki yang jahat...

♥ Jadilah baik, jika anda mahu isteri/suami yang baik ... ♥

- Cahaya Solehah -

P/S: Andai ada tersalah kata, harap dimaafkan & ditegur... (^_^) ...

~~~ Renung-Renungkanlah ~~~

Sekadar Perkongsian

 
❤<~ Andai HATImu sakit, maka bersabarlah & banyakkann berzikir agar hatimu yang sakit menjadi tenang. Luahkanlah isihatimu pada ALLAH SWT dan banyakkan berdoa... Dia tahu yang mana baik buatmu. Redha dengan ketentuannya. Setiap yang berlaku, Ada Hikmahnya.

~> Biar kecewa sekarang, daripada nak menyesal masa depan...

P/S: Bersabar Duhai Hati... ♥

Kata2 Mutiara Dari Hatiku...

Kekadang kita rasa sedih & kecewa disebabkan putus cinta, dan kita pun tanya kat diri kita "kenapa jadi macam nie? Aku sayang dia sangat...Aku nie xlayak ke utknya?"

Jawapannya ialah:
Ada hikmahnya...Mungkin dia xbaik buatmu....Kita merancang, Tapi ALLAH SWT yang tentukan... ♥ ALLAH MAHA MERANCANG ♥

"Boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia xbaik buatmu. Boleh jadi kamu menbenci sesuatu, padahal ia baik buatmu."

Kekadang diri ini tanya kat hati "Adakah aku lyk utknya? dia tu baik, alim, beriman & memiliki akhlak yg mulia, padahal aku nie...."

Jawapannya ialah:
Jangan mudah berputus asa...Ubahlah diri anda jadi baik & berdoalah pada ALLAH SWT agar dia jadi isteri/suami yang sah jika dia terbaik buatmu...

"Lelaki yang baik utk wanita yang baik, Wanita yang baik utk lelaki yang baik, Lelaki yang jahat utk wanita yang jahat, Wanita yang jahat utk lelaki yang jahat."
 

26 January 2012

❤ Sabar, Redha, Kuat, Tenang, Menangis ❤

❤ SABAR:
Sabar disebalik kemarahan
Sabar disebalik ujian
Sabar menyelesaikan masalah

❤ REDHA:
Redha dengan ketentuanNya
Redha kepada takdirNya
Redha disebalik pada yang terjadi

❤ KUAT:
Kuat menghadapi ujian
Kuat melawan nafsu yang xbaik
Kuat mempertahankan maruah & agama
Kuat menjalani kehidupan yang penuh berliku

❤ TENANG:
Tenang Menghadapi kehidupan yang penuh dugaan
Tenang apabila orang berkata-kata nista kepada kita
Tenang apabila dilukai

❤ MENANGIS:
Menangis mengenangkan dosa2 yang lalu
Menangis mengenangkan kejahatan & kesalahan yang lalu