Salji

30 March 2013

SaYa MuSliMaH

Saya Ini Seorang Muslimah,
Walaupun saya pakai tudung labuh dan menutup aurat dengan sempurna,
Namun,
saya banyak kekurangan sangat2,
Diri saya ini tak sempurna,

Impian saya,
untuk menjadi muslimah solehah,
Impian saya,
ingin menjadi insan yang baik,
Impian saya,
ingin berjaya,
Sebenarnya,
banyak lagi impian saya,
Macam2 lah impian saya,
Saya harap segala impian saya tercapai,
InsyaAllah...

Apa2 pun,
segala impian boleh jadi kenyataan dengan usaha , tawakal dan berdoa. InsyaAllah :)

- Sekadar Penulisan -



05 March 2013

Cerpen: Takdir Hidupku (Bahagian 2)

Masa berjalan dengan pantas, sudah hampir 2 bulan dia tinggalkan ku. Aku mula belajar terima hakikat namun hatiku masih sedih. Apa yang perlu ku lakukan adalah teruskan hidup. Moga aku kuat.

Emosi aku kekadang sedih, kekadang gelisah. Mungkin luka di hati masih ada. Air mata masih bertakung. Setiap pesanannya masih terngi- ngian di cuping telinga.

Allah lebih sayangkan arwah... Moga Dia temukan ku semula dengan orang ku sayang di syurga kelak. InsyaAllah.

Apa yang ku perlu lakukan ada melaksanakan perintah ALLAH. mampukah aku jadi insan yang terbaik? Ya Allah, bantulah aku... 

Al Fatihah 


DEMI CINTA SUCI

Aku biarkan perasaan pergi secara perlahan,
Aku belajar redha,
Mungkin dia bukan jodohku,
Aku belajar kuat namun di dalam hati masih ada secebis kasih,
Namun,
x mungkin akan jadi kenyataan,
HATI dia bukan untukku,
Aku umpama bertepuk sebelah tangan...
Biarlah...
Mungkin ada hikmahnya...
Moga dia bahagia di sana..............


01 March 2013

Cerpen: Takdir Hidupku

Ku kelip mata ku berkali-kali. Rasa dirimu begitu penat sekali disebabkan tak tidur sepanjang malam. Apa yang ku lihat di depanku, umpama mimpi yang begitu pahit. Allah sahaja tahu begitu berat untuk menanggung ujian ini. Air mataku bertakung menahan kesedihan di alami. Bagaimana aku untuk belajar terima kenyataan bahawa insan tersayang telah pergi tinggalkan ku? Ku melihat sekeliling muslimah2 di sekelilingku membaca yaasiin pada arwah. Aku hanya mampu mengalirkan air mata dan jika ikutkan hati, aku mahu meraung! Namun, masih tinggal secebis iman di hati ini yang memberikan sedikit kekuatan padaku.

Segalanya berjalan dengan pantas sekali. Umpama Mimpi. Namun, di dalam hati ini berasa pedih sekali. Namun, aku mesti terima hakikat ini, Moga ALLAH berikan kekuatan padaku.

Hidupku mesti diteruskan. Aku mesti kuat kerana aku ada Allah dan keluarga. Memang berat namun ku perlu kuat. Ku cuba tersenyum walaupun sememangnya berat sekali. Taktala mendengar orang yang hadir menyatakan takziah, hatiku berasa perit sekali. Apa yang aku mampu buat adalah doakan arwah moga arwah berada dikalangan orang2 yang beriman. InsyaAllah, Amin...

Al Fatihah...

Bersambung :)