Salji

16 August 2013

KATA MUTIARA

1. Jangan harap kebahagiaan akan datang tanpa berusaha dengan segigihnya.
2. Hidup ini akan tenang jika kita bersabar, redha dan banyakkan berdoa.
3. Jika berusaha, semua akan jadi kenyataan.
4. Sabar itu indah kerana pasti ada kebahagiaan pada akhirnya.
5. Kuatkan semangat utk menghadapi ujian.
6. Jangan sesekali berputus asa di dalam kehidupan.
7. Wanita itu cantik jika menutup aurat dengan sempurna.
8. Lelaki itu hebat andai bijak menjaga matanya dari melihat perkara yang jahat.
9. Sentiasa senyum walaupun hati tak ceria, kerana itu membuatkan anda bahagia.

Cerpen: Si Puteri Kecil


Disebuah kampung yang indah dengan pelbagai penduduk, terdapat sebuah rumah yang besar yang terdapat seorang puteri kecil yang bernama mawar. Mawar adalah seorang gadis yang nakal dan manakala terdapat lagi 2 lagi puteri yang bernama lily dan kekwa.

Puteri mawar suka makan makanan yang manis seperti ais krim, gula-gula dan sebagainya. Setiap kali dia letak makanan di tempatnya, pasti akan hilang. Hati puteri berbisik "angkara si panda ke?" Namun, dia nafikannya kerana dia tak mahu ada sifat berburuk sangka...

Pada suatu hari puteri kecil mawar meletakkan kek perisa strawberry di tempat biasa. Lantas, puteri kecil mawar menyorokkan diri. Hampir berjam-jam puteri menunggu namun masih tidak ditemui siapa yang mengambil makanan itu dan makanan itu tetap ada di situ. Sampaikan puteri lily mengejutkan puteri kecil dari tidurnya. Bila puteri bangun, makanan itu sudah hilang.

Puteri mawar kecil masih tidak berpuas hati. Dia masih lagi mahu siasat siapa yang melakukan. Namun, masih tidak jumpa. Dia bersabar dan yakin pasti jumpa juga.

Pada suatu hari, puteri kekwa melaporkan pada puteri mawar bahawa makanannya juga hilang. Puteri mawar semakin hairan apa yang terjadi. Dia harap sangat akan jumpa siapa yang mengambil makanan itu. 

Seperti biasa puteri mawar akan makan petang di tempat biasa itu. Puteri mawar, puteri kekwa dan puteri lily menyiapkan makanan. Mereka pun meninggalkan makanan di situ dan pergi ke dapur untuk mengambil makan yang lain. Bila mereka kembali, makanan itu telah hilang. Kemudian, mereka letak makanan lagi dan ke tempat lain. Kemudian makanan itu hilang semua. Sehingga 10 kali letak, makanan itu hilang juga. Kemudian, 3 puteri itu letak makanan serta sorok dan lari semula ke tempat itu. Alangkah terkejutnya rupanya si tompok yang ambil. Si tompok mengiau dan minta maaf pada puteri2 tersebut. Puteri lily pun berkata "bukan salah tompok, lily yang terlupa ingin memberi makanan padanya".  kedua puteri menjawab "Takpe, lepas ini kamu jangan lupa bagi makanan pada tompok ya" 

Puteri mawar kecil dan kedua puteri lain memandang tompok dan tertawa kecil kerana tidak di sangka si tompok melakukannya. 





Kebaikan menutup aurat dengan sempurna

1. Dapat pahala:
Niat menutup aurat, mesti kerana Allah

2. Selamat dari bahaya:
Selamat dari lelaki yang nak ambil kesempatan. 
Namun, selain menutup aurat. Kita juga mesti menjaga batas2 dengan lelaki yang bukan MAHRAM.

Dan, Byk lagi... ^_^




15 August 2013

TIPS KECANTIKAN

Di blog ini kita asyik tulis puisi hati sahaja ke dan cerpen serta sebagainya.
Jadi, buat pertama kalinya kita nak kongsikan tip kecantikan ya.

1. Cuci muka setiap hari ( pakai pencuci muka sesuai dengan kita)
2. Pastikan pakai mask setiap minggu (kerana melembapkan wajah kita)
3. Pakai eye mask untuk segarkan mata.


Yang ini apa yang kita pakai. Kalau pakai toner, muka kita tak serasi. Jadi, untuk lembapkan wajah kita pakai mask setiap minggu. Memang berkesan sangat. Beli jenis mask yang siap letak kat muka dan kalau beli jenis kena bancuh itu kurang lembap sangat. Kalau jenis tampal di muka itu memang lembap. Nak cari mask boleh beli kat watson dan macam2 kedai kosmetik jual.  


Cerpen: Takdir Hidupku (Bahagian 4)

Ku lihat jam di tangan menunjukkan waktu belajar sudah tiba. Ku lari selajunya dari kafeteria untuk ke kuliah. Ku menarik nafas bila sampai ke kelas dan ku masuk ke kelas dengan perlahan-lahan. Sambil mencari tempat duduk yang sesuai, ku melihat seorang lelaki memandangku. Mungkin dia melihat sifat terburu-buruku ini. Ku hanya membuatkan muka yang serius sahaja dan wajahnya beralih ke arah lain. Dalam hatiku berkata, rupanya seakan-akan lelaki yang dulu aku menyukai. Dengan berkaca mata, Membuatkan ku teringatkannya. Namun, aku kuatkan hati untuk lupakan segalanya walaupun kekadang teringat di ingatan. Apa yang aku mahu sekarang iaitu tumpukan perhatian pada pelajaran sahaja. 

Pensyarah di kolej tempat ku belajar ini sangatlah mengambil  berat, mereka sentiasa memberikan tunjuk ajar buatku. Aku bukan pelajar yang bijak dan selalu mendapat keputusan yang tidak cemerlang. 

Aku masih teringatkan zaman kegemilanganku iaitu zaman sekolah menengah. Ku mendapat keputusan yang cemerlang sehingga menjadi pelajar contoh. Namun, sekarang ini aku zaman kejatuhan. Mampukah aku bangun bila jatuh bergolek-golek? Hatiku tertewa kecil.

"Kring... Kring... Kring..." Handphone samsung ku berbunyi. Rupanya itu panggilan dari kakakku. Aku pasti dia telefon untuk menyayakan keadaaanku. Aku tahu setiap kali telefon pasti dia akan tanya soalan yang sama. Itulah dia, yang pedulikan keadaan. Aku bersyukur sangat kerana masih ada orang yang menyayangi ku. Dan aku bersyukur kerana Allah sentiasa ada dengan ku.

Cerpen: Takdir Hidupku (bahagian 3)

Hidupku tanpanya bagaikan gelap. Begitu susah untuk sesuaikan bila tiada dia. Hatiku begitu merasa sunyi dan ujian datang bertubi-tubi. Yang menemani ku setiap waktu hanyalah air mata. Hanya Dia tahu betapa lukanya hati yang begitu lembut ini.

Hari berganti hari, senyuman yang palsu ini sentiasa mekar di bibir. Ku hanya mampu berlakon kuat sedangkan hati ini sudah teruk bernanah. Hanya mampu berdoa padaNya.

"Lily, bangun bersiap pergi kuliah..." Suara yang bising iaitu kakakku menyebabkan menyedarkanku. Namun, mata ku berat sekali mahu dibuka. Bagaikan mahu sambung balik mimpi ku ini. Tak kuat aku untuk bangun. Perasaan malas itu semakin bertambah. Hati ini malas sekali untuk ke kuliah. Namun, di gagah bangun juga.

Di kuliah aku merasa sunyi sekali. Kawan satu yang rapat pun tiada. Bila masa waktu tiada kelas, aku akan pergi ke cafeteria untuk makan. Selera ku seperti tiada kerana sunyi tiada siapa di sisi. Ku kuatkan hati ini untuk makan kerana risau perut ku akan sakit. Ku tengok sekeliling ramai pelajar bersama rakannya. Hanya aku seorang sahaja keseorangan. Untuk mengisi kekosongan ini aku membawa buku. Sambil makan, sambil membaca buku.

Ku termenung keseorangan di sebalik suara yang riuh di sekeliling...

Hatiku berbisik:
Kekadang hati aku ini lemah... orang cakap kasar sikit, mata dah mula ingin menangis. Hatiku bagaikan lembut umpama kapas. Kekadang juga aku berputus asa... Kekadang aku harap sangat ini semua mimpi! Namun, sebagai hamba Allah, aku mesti menerima semua ini.... Bila agaknya hati ini ingin sembuh???



Syawal hari kemenangan

Assalamualaikum semua. Maaf lama tak update blog...

Selamat hari raya aidilfitri ya semua. Maaf sebab lambat bagi ucapan. Di kesempatan ini saya nak minta maaf ya jika ada salah silap. Terima kasih yang follow blog saya dan yang singgah itu jemputlah follow ya...

Tahun ini Syawal di sambut sederhana sahaja. Perasaan nak sambut itu biasa sahaja kerana tiada insan tersayang di sisi. Kita hanya mampu berdoa sahaja...

Walaupun perasaan sedih, kita mesti sambut bulan Syawal dengan gembira kerana berjaya berpuasa di bulan puasa...

Apa2 pun, hati ini rindukan Ramadhan. Hehe. Moga panjang umur utk jumpa bulan Ramadhan yang seterusnya dan seterusnya. Amin :)