Salji

16 August 2013

Cerpen: Si Puteri Kecil


Disebuah kampung yang indah dengan pelbagai penduduk, terdapat sebuah rumah yang besar yang terdapat seorang puteri kecil yang bernama mawar. Mawar adalah seorang gadis yang nakal dan manakala terdapat lagi 2 lagi puteri yang bernama lily dan kekwa.

Puteri mawar suka makan makanan yang manis seperti ais krim, gula-gula dan sebagainya. Setiap kali dia letak makanan di tempatnya, pasti akan hilang. Hati puteri berbisik "angkara si panda ke?" Namun, dia nafikannya kerana dia tak mahu ada sifat berburuk sangka...

Pada suatu hari puteri kecil mawar meletakkan kek perisa strawberry di tempat biasa. Lantas, puteri kecil mawar menyorokkan diri. Hampir berjam-jam puteri menunggu namun masih tidak ditemui siapa yang mengambil makanan itu dan makanan itu tetap ada di situ. Sampaikan puteri lily mengejutkan puteri kecil dari tidurnya. Bila puteri bangun, makanan itu sudah hilang.

Puteri mawar kecil masih tidak berpuas hati. Dia masih lagi mahu siasat siapa yang melakukan. Namun, masih tidak jumpa. Dia bersabar dan yakin pasti jumpa juga.

Pada suatu hari, puteri kekwa melaporkan pada puteri mawar bahawa makanannya juga hilang. Puteri mawar semakin hairan apa yang terjadi. Dia harap sangat akan jumpa siapa yang mengambil makanan itu. 

Seperti biasa puteri mawar akan makan petang di tempat biasa itu. Puteri mawar, puteri kekwa dan puteri lily menyiapkan makanan. Mereka pun meninggalkan makanan di situ dan pergi ke dapur untuk mengambil makan yang lain. Bila mereka kembali, makanan itu telah hilang. Kemudian, mereka letak makanan lagi dan ke tempat lain. Kemudian makanan itu hilang semua. Sehingga 10 kali letak, makanan itu hilang juga. Kemudian, 3 puteri itu letak makanan serta sorok dan lari semula ke tempat itu. Alangkah terkejutnya rupanya si tompok yang ambil. Si tompok mengiau dan minta maaf pada puteri2 tersebut. Puteri lily pun berkata "bukan salah tompok, lily yang terlupa ingin memberi makanan padanya".  kedua puteri menjawab "Takpe, lepas ini kamu jangan lupa bagi makanan pada tompok ya" 

Puteri mawar kecil dan kedua puteri lain memandang tompok dan tertawa kecil kerana tidak di sangka si tompok melakukannya. 





No comments:

Post a Comment