Salji

15 August 2013

Cerpen: Takdir Hidupku (Bahagian 4)

Ku lihat jam di tangan menunjukkan waktu belajar sudah tiba. Ku lari selajunya dari kafeteria untuk ke kuliah. Ku menarik nafas bila sampai ke kelas dan ku masuk ke kelas dengan perlahan-lahan. Sambil mencari tempat duduk yang sesuai, ku melihat seorang lelaki memandangku. Mungkin dia melihat sifat terburu-buruku ini. Ku hanya membuatkan muka yang serius sahaja dan wajahnya beralih ke arah lain. Dalam hatiku berkata, rupanya seakan-akan lelaki yang dulu aku menyukai. Dengan berkaca mata, Membuatkan ku teringatkannya. Namun, aku kuatkan hati untuk lupakan segalanya walaupun kekadang teringat di ingatan. Apa yang aku mahu sekarang iaitu tumpukan perhatian pada pelajaran sahaja. 

Pensyarah di kolej tempat ku belajar ini sangatlah mengambil  berat, mereka sentiasa memberikan tunjuk ajar buatku. Aku bukan pelajar yang bijak dan selalu mendapat keputusan yang tidak cemerlang. 

Aku masih teringatkan zaman kegemilanganku iaitu zaman sekolah menengah. Ku mendapat keputusan yang cemerlang sehingga menjadi pelajar contoh. Namun, sekarang ini aku zaman kejatuhan. Mampukah aku bangun bila jatuh bergolek-golek? Hatiku tertewa kecil.

"Kring... Kring... Kring..." Handphone samsung ku berbunyi. Rupanya itu panggilan dari kakakku. Aku pasti dia telefon untuk menyayakan keadaaanku. Aku tahu setiap kali telefon pasti dia akan tanya soalan yang sama. Itulah dia, yang pedulikan keadaan. Aku bersyukur sangat kerana masih ada orang yang menyayangi ku. Dan aku bersyukur kerana Allah sentiasa ada dengan ku.

No comments:

Post a Comment