Salji

22 November 2013

Nak Tulis Apa?

Disebabkan facebook lambat nak post dan upload gambar, bukalah blog.Selalunya
Online facebook sahaja. Harap nanti ok boleh post.  Nak tulis apa hari ini? Entahlah, tak ada idea. Mana idea semua pergi? Huhu... >_< 


Mood: ENTAHLAH


12 October 2013

Pengalaman mempunyai kucing selama 2 hari


Kita memang dari dulu lagi memang mahu bela kucing. Pada suatu hari haribulan 9/10/2013 kakak kita bawa balik kucing.

Pandangan mata bermula. Kucing itu macam takut pada mulanya. Dia meow2. Kesian bila tengok. Lepas lama2 itu dh serasi dan ok. Tapi, dia suka keluar jalan2 dan itu hanya 2 hari boleh jaga dia. Apa yang membuatkan tertarik padanya, dia sangat bijak, comel dan yang paling penting tak nakal. Hobinya miau bila tengok kita dan bila nak keluar, asyik miau, lepas tue suka gigit manja kain juga jari kita dan suka pegang kaki kita. Dia juga suka dibelai. Meow juga sangatlah sopan. Memang kucing idaman tapi sayang kena pulangkan semula. Memanglah sedih sgt2 tapi nak buat mcm mana. Hrp nanti dia bahagia berada dengan orang yang baik jaga dia. Miss u, cat :(





02 October 2013

Cerita hari ini....

Hari ini hari exam. Dari semlm rasa rimas jer perasaan ini. Tadi pagi tersedar pukul 5:19 pagi lepas tidur balik sebab letih sgt2. Nasib baik boleh bangun. Lepas itu pergi ke dewan, tak tahu meja di mana. Pening kepala cari macam mak hilang anak. Kalau orang tengok, dh macam orang gila dah. Hihi. Last tanya pengawas bertugas, lepas itu dioarg ckp tgk no dan bagitau no itu mula dari mana. Masa cari itu sangat cepat sebab masa itu dah mula dah bagi arahan. Memang paniklah. Pening kepala. Lepas satu persatu no, baru jumpa. Rasa penatlah. Habis jantung berdebar. Exercise pagi2. Lepas itu, petang ada lagi. Tukar tempat pula sbb ada orang islam sahaja. Kena tanya pula. Tensionnya! Masa duduk itu rasa pening dan macam nak berhenti exam ja tapi teruskan juga. Risau sangat takut pengsan. Zikir dan berdoa, alhamdulilah dh ok sikit. Lepas itu, siap awal2 dan keluar. Esok ada exam lagi. Mata ini dh penat dh. Huhu. :(

Moga diberikan kekuatan. Amin! :)

01 October 2013

ESOK EXAM!!!!

Esok nak exam. Hati ini asyik berdebar dari semalam. Risau dan gementar. Perasaan takut pun ada dan rasa macam nak pengsan ja. Huhu. Harap hati ini tenang bila menghadapi exam. InsyaAllah, amin :)

Saya nak minta maaf jika sebelum post2 ada slh silap dan minta maaf andai terbuat salah pada sesiapa. Tolong doakan saya... ^_^

Mood: worry. Takpa, doa kan senjata orang mukmim. :)



11 September 2013

Review Produk maybelline

Baby lip balm maybelline:

Siapa pernah alami mulut kering sampai mengelupas? Selalu alami macam itu sampai
Mengelupas. Haritu ada jualan murah barangan maybelline, jadi cuba beli baby lip balm. 
Memang duk cari lip balm tapi tak tahu mana satu berkesan. Lepas dah pakai beberapa 
hari, nampak kesannya dan mulut dah tak kering teruk. Dah semakin elok. ^_^

Bb stick maybelline:

Bb stick ianya bukannya cecair macam bb cream. Ianya padat dan senang di pakai. Lepas itu, kecil dan comel jer serta senang dipegang. Tetapi kena letak banyak baru tutup jerawat. Kalau bb cream lagi tutup jerawat. Selalu bb cream pakai jenama silky girl. 

*buat review pula, nak tulis cerpen tak ada idea sebab x sihat. Hee :)



16 August 2013

KATA MUTIARA

1. Jangan harap kebahagiaan akan datang tanpa berusaha dengan segigihnya.
2. Hidup ini akan tenang jika kita bersabar, redha dan banyakkan berdoa.
3. Jika berusaha, semua akan jadi kenyataan.
4. Sabar itu indah kerana pasti ada kebahagiaan pada akhirnya.
5. Kuatkan semangat utk menghadapi ujian.
6. Jangan sesekali berputus asa di dalam kehidupan.
7. Wanita itu cantik jika menutup aurat dengan sempurna.
8. Lelaki itu hebat andai bijak menjaga matanya dari melihat perkara yang jahat.
9. Sentiasa senyum walaupun hati tak ceria, kerana itu membuatkan anda bahagia.

Cerpen: Si Puteri Kecil


Disebuah kampung yang indah dengan pelbagai penduduk, terdapat sebuah rumah yang besar yang terdapat seorang puteri kecil yang bernama mawar. Mawar adalah seorang gadis yang nakal dan manakala terdapat lagi 2 lagi puteri yang bernama lily dan kekwa.

Puteri mawar suka makan makanan yang manis seperti ais krim, gula-gula dan sebagainya. Setiap kali dia letak makanan di tempatnya, pasti akan hilang. Hati puteri berbisik "angkara si panda ke?" Namun, dia nafikannya kerana dia tak mahu ada sifat berburuk sangka...

Pada suatu hari puteri kecil mawar meletakkan kek perisa strawberry di tempat biasa. Lantas, puteri kecil mawar menyorokkan diri. Hampir berjam-jam puteri menunggu namun masih tidak ditemui siapa yang mengambil makanan itu dan makanan itu tetap ada di situ. Sampaikan puteri lily mengejutkan puteri kecil dari tidurnya. Bila puteri bangun, makanan itu sudah hilang.

Puteri mawar kecil masih tidak berpuas hati. Dia masih lagi mahu siasat siapa yang melakukan. Namun, masih tidak jumpa. Dia bersabar dan yakin pasti jumpa juga.

Pada suatu hari, puteri kekwa melaporkan pada puteri mawar bahawa makanannya juga hilang. Puteri mawar semakin hairan apa yang terjadi. Dia harap sangat akan jumpa siapa yang mengambil makanan itu. 

Seperti biasa puteri mawar akan makan petang di tempat biasa itu. Puteri mawar, puteri kekwa dan puteri lily menyiapkan makanan. Mereka pun meninggalkan makanan di situ dan pergi ke dapur untuk mengambil makan yang lain. Bila mereka kembali, makanan itu telah hilang. Kemudian, mereka letak makanan lagi dan ke tempat lain. Kemudian makanan itu hilang semua. Sehingga 10 kali letak, makanan itu hilang juga. Kemudian, 3 puteri itu letak makanan serta sorok dan lari semula ke tempat itu. Alangkah terkejutnya rupanya si tompok yang ambil. Si tompok mengiau dan minta maaf pada puteri2 tersebut. Puteri lily pun berkata "bukan salah tompok, lily yang terlupa ingin memberi makanan padanya".  kedua puteri menjawab "Takpe, lepas ini kamu jangan lupa bagi makanan pada tompok ya" 

Puteri mawar kecil dan kedua puteri lain memandang tompok dan tertawa kecil kerana tidak di sangka si tompok melakukannya. 





Kebaikan menutup aurat dengan sempurna

1. Dapat pahala:
Niat menutup aurat, mesti kerana Allah

2. Selamat dari bahaya:
Selamat dari lelaki yang nak ambil kesempatan. 
Namun, selain menutup aurat. Kita juga mesti menjaga batas2 dengan lelaki yang bukan MAHRAM.

Dan, Byk lagi... ^_^




15 August 2013

TIPS KECANTIKAN

Di blog ini kita asyik tulis puisi hati sahaja ke dan cerpen serta sebagainya.
Jadi, buat pertama kalinya kita nak kongsikan tip kecantikan ya.

1. Cuci muka setiap hari ( pakai pencuci muka sesuai dengan kita)
2. Pastikan pakai mask setiap minggu (kerana melembapkan wajah kita)
3. Pakai eye mask untuk segarkan mata.


Yang ini apa yang kita pakai. Kalau pakai toner, muka kita tak serasi. Jadi, untuk lembapkan wajah kita pakai mask setiap minggu. Memang berkesan sangat. Beli jenis mask yang siap letak kat muka dan kalau beli jenis kena bancuh itu kurang lembap sangat. Kalau jenis tampal di muka itu memang lembap. Nak cari mask boleh beli kat watson dan macam2 kedai kosmetik jual.  


Cerpen: Takdir Hidupku (Bahagian 4)

Ku lihat jam di tangan menunjukkan waktu belajar sudah tiba. Ku lari selajunya dari kafeteria untuk ke kuliah. Ku menarik nafas bila sampai ke kelas dan ku masuk ke kelas dengan perlahan-lahan. Sambil mencari tempat duduk yang sesuai, ku melihat seorang lelaki memandangku. Mungkin dia melihat sifat terburu-buruku ini. Ku hanya membuatkan muka yang serius sahaja dan wajahnya beralih ke arah lain. Dalam hatiku berkata, rupanya seakan-akan lelaki yang dulu aku menyukai. Dengan berkaca mata, Membuatkan ku teringatkannya. Namun, aku kuatkan hati untuk lupakan segalanya walaupun kekadang teringat di ingatan. Apa yang aku mahu sekarang iaitu tumpukan perhatian pada pelajaran sahaja. 

Pensyarah di kolej tempat ku belajar ini sangatlah mengambil  berat, mereka sentiasa memberikan tunjuk ajar buatku. Aku bukan pelajar yang bijak dan selalu mendapat keputusan yang tidak cemerlang. 

Aku masih teringatkan zaman kegemilanganku iaitu zaman sekolah menengah. Ku mendapat keputusan yang cemerlang sehingga menjadi pelajar contoh. Namun, sekarang ini aku zaman kejatuhan. Mampukah aku bangun bila jatuh bergolek-golek? Hatiku tertewa kecil.

"Kring... Kring... Kring..." Handphone samsung ku berbunyi. Rupanya itu panggilan dari kakakku. Aku pasti dia telefon untuk menyayakan keadaaanku. Aku tahu setiap kali telefon pasti dia akan tanya soalan yang sama. Itulah dia, yang pedulikan keadaan. Aku bersyukur sangat kerana masih ada orang yang menyayangi ku. Dan aku bersyukur kerana Allah sentiasa ada dengan ku.

Cerpen: Takdir Hidupku (bahagian 3)

Hidupku tanpanya bagaikan gelap. Begitu susah untuk sesuaikan bila tiada dia. Hatiku begitu merasa sunyi dan ujian datang bertubi-tubi. Yang menemani ku setiap waktu hanyalah air mata. Hanya Dia tahu betapa lukanya hati yang begitu lembut ini.

Hari berganti hari, senyuman yang palsu ini sentiasa mekar di bibir. Ku hanya mampu berlakon kuat sedangkan hati ini sudah teruk bernanah. Hanya mampu berdoa padaNya.

"Lily, bangun bersiap pergi kuliah..." Suara yang bising iaitu kakakku menyebabkan menyedarkanku. Namun, mata ku berat sekali mahu dibuka. Bagaikan mahu sambung balik mimpi ku ini. Tak kuat aku untuk bangun. Perasaan malas itu semakin bertambah. Hati ini malas sekali untuk ke kuliah. Namun, di gagah bangun juga.

Di kuliah aku merasa sunyi sekali. Kawan satu yang rapat pun tiada. Bila masa waktu tiada kelas, aku akan pergi ke cafeteria untuk makan. Selera ku seperti tiada kerana sunyi tiada siapa di sisi. Ku kuatkan hati ini untuk makan kerana risau perut ku akan sakit. Ku tengok sekeliling ramai pelajar bersama rakannya. Hanya aku seorang sahaja keseorangan. Untuk mengisi kekosongan ini aku membawa buku. Sambil makan, sambil membaca buku.

Ku termenung keseorangan di sebalik suara yang riuh di sekeliling...

Hatiku berbisik:
Kekadang hati aku ini lemah... orang cakap kasar sikit, mata dah mula ingin menangis. Hatiku bagaikan lembut umpama kapas. Kekadang juga aku berputus asa... Kekadang aku harap sangat ini semua mimpi! Namun, sebagai hamba Allah, aku mesti menerima semua ini.... Bila agaknya hati ini ingin sembuh???



Syawal hari kemenangan

Assalamualaikum semua. Maaf lama tak update blog...

Selamat hari raya aidilfitri ya semua. Maaf sebab lambat bagi ucapan. Di kesempatan ini saya nak minta maaf ya jika ada salah silap. Terima kasih yang follow blog saya dan yang singgah itu jemputlah follow ya...

Tahun ini Syawal di sambut sederhana sahaja. Perasaan nak sambut itu biasa sahaja kerana tiada insan tersayang di sisi. Kita hanya mampu berdoa sahaja...

Walaupun perasaan sedih, kita mesti sambut bulan Syawal dengan gembira kerana berjaya berpuasa di bulan puasa...

Apa2 pun, hati ini rindukan Ramadhan. Hehe. Moga panjang umur utk jumpa bulan Ramadhan yang seterusnya dan seterusnya. Amin :)

04 April 2013

Pakaian Muslimah Oh Pakaian Muslimah

Assalamualaikum Semua...

Hari ini kita google cari pakaian muslimah, susah nak cari pakaian muslimah di tempat kita ini. 
Kita suka pakai yang simple but menutup aurat. Kita perasan kat tempat kita lebih banyak pakaian wanita daripada pakaian muslimah. Kenapa ya?

PAKAIAN MUSLIMAH...

Best tau pakaian muslimah sebabnya menutup aurat. muslimah mesti pakai stokin dan handsock sebabnya ia menjaga aurat kita. Lepas itu, mesti pakai longgar, x jarang serta x ketat ya. Tahu tak, kita pakai pakaian muslimah membawa kebaikan kerana ia menjaga keselamatan kita serta orang menghormati kita. Tak percaya, cuma pakai. Tapi, kena jaga akhlak juga ok dan pakai mesti kerana ALLAH... :)

Thats all, 
Moga kita menutup aurat dengan sempurna,
Laksanakan Perintah Allah Dengan Sempurna,
Dan,
Jaga akhlak ya...







30 March 2013

SaYa MuSliMaH

Saya Ini Seorang Muslimah,
Walaupun saya pakai tudung labuh dan menutup aurat dengan sempurna,
Namun,
saya banyak kekurangan sangat2,
Diri saya ini tak sempurna,

Impian saya,
untuk menjadi muslimah solehah,
Impian saya,
ingin menjadi insan yang baik,
Impian saya,
ingin berjaya,
Sebenarnya,
banyak lagi impian saya,
Macam2 lah impian saya,
Saya harap segala impian saya tercapai,
InsyaAllah...

Apa2 pun,
segala impian boleh jadi kenyataan dengan usaha , tawakal dan berdoa. InsyaAllah :)

- Sekadar Penulisan -



05 March 2013

Cerpen: Takdir Hidupku (Bahagian 2)

Masa berjalan dengan pantas, sudah hampir 2 bulan dia tinggalkan ku. Aku mula belajar terima hakikat namun hatiku masih sedih. Apa yang perlu ku lakukan adalah teruskan hidup. Moga aku kuat.

Emosi aku kekadang sedih, kekadang gelisah. Mungkin luka di hati masih ada. Air mata masih bertakung. Setiap pesanannya masih terngi- ngian di cuping telinga.

Allah lebih sayangkan arwah... Moga Dia temukan ku semula dengan orang ku sayang di syurga kelak. InsyaAllah.

Apa yang ku perlu lakukan ada melaksanakan perintah ALLAH. mampukah aku jadi insan yang terbaik? Ya Allah, bantulah aku... 

Al Fatihah 


DEMI CINTA SUCI

Aku biarkan perasaan pergi secara perlahan,
Aku belajar redha,
Mungkin dia bukan jodohku,
Aku belajar kuat namun di dalam hati masih ada secebis kasih,
Namun,
x mungkin akan jadi kenyataan,
HATI dia bukan untukku,
Aku umpama bertepuk sebelah tangan...
Biarlah...
Mungkin ada hikmahnya...
Moga dia bahagia di sana..............


01 March 2013

Cerpen: Takdir Hidupku

Ku kelip mata ku berkali-kali. Rasa dirimu begitu penat sekali disebabkan tak tidur sepanjang malam. Apa yang ku lihat di depanku, umpama mimpi yang begitu pahit. Allah sahaja tahu begitu berat untuk menanggung ujian ini. Air mataku bertakung menahan kesedihan di alami. Bagaimana aku untuk belajar terima kenyataan bahawa insan tersayang telah pergi tinggalkan ku? Ku melihat sekeliling muslimah2 di sekelilingku membaca yaasiin pada arwah. Aku hanya mampu mengalirkan air mata dan jika ikutkan hati, aku mahu meraung! Namun, masih tinggal secebis iman di hati ini yang memberikan sedikit kekuatan padaku.

Segalanya berjalan dengan pantas sekali. Umpama Mimpi. Namun, di dalam hati ini berasa pedih sekali. Namun, aku mesti terima hakikat ini, Moga ALLAH berikan kekuatan padaku.

Hidupku mesti diteruskan. Aku mesti kuat kerana aku ada Allah dan keluarga. Memang berat namun ku perlu kuat. Ku cuba tersenyum walaupun sememangnya berat sekali. Taktala mendengar orang yang hadir menyatakan takziah, hatiku berasa perit sekali. Apa yang aku mampu buat adalah doakan arwah moga arwah berada dikalangan orang2 yang beriman. InsyaAllah, Amin...

Al Fatihah...

Bersambung :)

21 February 2013

RINDU

TAKTALA RINDU HADIR DI DALAM JIWA,
MEMBUATKU MENITIS AIR MATA,
BUKAN TAK MAMPU,
NAMUN,
RASANYA BEGITU PEDIH MENAHAN RINDU...
HANYA DOA MAMPU KU LALUKAN...
MOGA ALLAH BERIKAN KEKUATAN PADAKU...
INSYAALLAH...



SABAR...

04 February 2013

HIDUPKU

AKANKU LALUI APA YANG DITETAPKAN ALLAH,
DENGAN PENUH KESABARAN,
DENGAN PENUH KETENGANGAN,
SERTA,
DENGAN PERNUH KEREDHAAN...

SETIAP YANG TERJADI, ADA HIKMAHNYA...

BIAR,
PERASAAN INI TERPENDAM DIHATI...

BIAR,
PERASAAN INI ADA DIHATI...

MOGA ALLAH BERIKAN KU KEKUATAN UNTUK MELALUI UJIAN INI... 
INSYAALLAH, AMIN...

19 January 2013

HATI KITA SIAPA JAGA?

KEKADANG KITA RASA SEDIH SEBAB HATI KITA SIAPA NAK JAGA?

KEKADANG KITA SAHAJA MENJAGA HATI ORANG, NAMUN ORANG TAK BERAPA SANGAT JAGA HATI KITA...

NAMUN,

SEBENARNYA,

ADA YANG MENJAGA HATI KITA,

ADA YANG MEMAHAMI KITA,

IAITU

ALLAH...

SO,DON'T BE SAD...
ALLAH KAN ADA :)




15 January 2013

SERINGKALI KITA PERNAH DENGAR AYAT BERBUNYI BEGINI...

"JIKA ADA JODOH, TAKKAN KE MANA..."

"JIKA ADA REZEKI, DAPATLAH APA YANG KITA INGINKAN..."

DARI AYAT INI, APA YANG KITA BOLEH DAPAT ADALAH...

1. SEGALA KETENTUAN ADALAH DARI ALLAH

2. YAKIN PADA TAKDIR ALLAH

3. KITA MAMPU USAHA SERTA IKHTIAR, NAMUN ALLAH YANG TENTUKAN.

4. ALLAH MAHA MENGETAHUI MANA SATU TERBAIK BUAT KITA, 
JADI REDHALAH DENGAN TAKDIR ALLAH...

- SEKADAR PENULISAN -

01 January 2013

DIARI HATI





Masa berjalan dengan laju sekali, hari ini dah masuk 2013. Lagi 2 minggu, hari istimewa dalam hidupku... Harap esok segalanya berjalan dengan lancar. Diri ini mesti kuat hadapi ujian kehidupan dan mesti redha dengan ketentuan ALLAH. Doa kan senjata orang mukmim. Ku akan kuatkan semangat dan Tawakal Pada ALLAH. Moga ALLAH lindungi diriku... InsyaAllah... :)

Yakin Pada Diri!

InsyaAllah,
KEJAYAAN MENANTIMU! :)