Salji

30 January 2012



Saya bukan manusia yang BAIK, Tapi saya nak jadi BAIK.
Saya bukan manusia yang SEMPURNA, Tapi saya nak jadi SEMPURNA.
Saya bukan manusia yang BIJAK, Tapi saya nak jadi BIJAK.
Saya bukan manusia yang SABAR, Tapi saya nak jadi seorang yang SABAR.
Saya bukan manusia yang xpernah buat kesalahan, Tapi saya nak belajar daripada kesilapan...

Sesungguhnya Saya Bukan Manusia Yang Sempurna,
Masih banyak ilmu yang harus saya cari... ♥♥♥

Andai ada saya tersalah silap, harap dimaafkan & ditegur...

29 January 2012

Hadis =)

Diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab r.a bahawa beliau telah berkata kepada Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah! Engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu melainkan nyawa yang ada di dalam diriku." Lalu Rasulullah SAW berkata: "Tidak sempurna iman seseorang sehinggalah aku lebih dicintai daripada dirinya sendiri." Umar pun berkata: "Demi Tuhan yang telah menurunkan al-kitab kepada engkau,... sesungguhnya engkau lebih aku kasihi daripada diriku." Baginda berkata kepada umar: "Sekarang imanmu telah sempurna wahai Umar!"
(Riwayat Muslim)


Huraian Hadis:

1) Rasulullah SAW adalah orang yang paling berhak dicintai daripada sekalian makhluk di dunia ini.

2) Mencintai Baginda SAW tidak mencukupi hanya dengan menyatakan dengan lisan tetapi hendaklah dibuktikan dengan perbuatan & amal. Antaranya, dengan mempraktikkan sunnahnya serta melaksanakan segala ajaran baginda SAW.

3) Orang yang sentiasa menjaga akhlaknya & mencontohi peribadi Rasulullah SAW pada hari akhirat kelak akan mendapat ganjaran syafaat daripada baginda SAW.

4) Kita hendaklah berusaha untuk sentiasa menyuburkan iman di jiwa & memastikan bahawa setiap perbuatan yang dilakukan tidak bercanggah dengan syariat yang dibawa oleh baginda SAW.

Lelaki Yang Baik...

LELAKI yang baik xkan sesekali keluar dengan WANITA yang bukan mahramnya...
LELAKI yang baik xkan sesekali mengatakan WANITA itu cantik,
Kerana dia mahu simpan kata2 itu kepada ISTERI YANG TELAH DINIKAHINYA...
LELAKI yang baik xkan mengeluarkan KATA-KATA MANIS kepada wanita yang bukan mahramnya...
Kerana dia TAHU seorang WANITA cepat cair HATINYA apabila mendengar kata2 LELAKI tersebut...
LELAKI yang baik xkan pernah mahu sentuh WANITA YANG BUKAN MAHRAMNYA...
Kerana dia TAHU apa yang dibuatkan itu SALAH dan berDOSA...
LELAKI yang baik akan menikahi WANITA & dia xkan sesekali mempermainkan HATI WANITA,
Kerana DIA TAHU HATI WANITA ITU SANGAT LEMBUT... ♥♥♥
Lelaki yang baik utk wanita yang baik, Wanita yang baik utk lelaki yang baik,
Lelaki yang jahat utk wanita yang jahat, Wanita yang jahat utk lelaki yang jahat...

♥ Jadilah baik, jika anda mahu isteri/suami yang baik ... ♥

- Cahaya Solehah -

P/S: Andai ada tersalah kata, harap dimaafkan & ditegur... (^_^) ...

~~~ Renung-Renungkanlah ~~~

Sekadar Perkongsian

 
❤<~ Andai HATImu sakit, maka bersabarlah & banyakkann berzikir agar hatimu yang sakit menjadi tenang. Luahkanlah isihatimu pada ALLAH SWT dan banyakkan berdoa... Dia tahu yang mana baik buatmu. Redha dengan ketentuannya. Setiap yang berlaku, Ada Hikmahnya.

~> Biar kecewa sekarang, daripada nak menyesal masa depan...

P/S: Bersabar Duhai Hati... ♥

Kata2 Mutiara Dari Hatiku...

Kekadang kita rasa sedih & kecewa disebabkan putus cinta, dan kita pun tanya kat diri kita "kenapa jadi macam nie? Aku sayang dia sangat...Aku nie xlayak ke utknya?"

Jawapannya ialah:
Ada hikmahnya...Mungkin dia xbaik buatmu....Kita merancang, Tapi ALLAH SWT yang tentukan... ♥ ALLAH MAHA MERANCANG ♥

"Boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia xbaik buatmu. Boleh jadi kamu menbenci sesuatu, padahal ia baik buatmu."

Kekadang diri ini tanya kat hati "Adakah aku lyk utknya? dia tu baik, alim, beriman & memiliki akhlak yg mulia, padahal aku nie...."

Jawapannya ialah:
Jangan mudah berputus asa...Ubahlah diri anda jadi baik & berdoalah pada ALLAH SWT agar dia jadi isteri/suami yang sah jika dia terbaik buatmu...

"Lelaki yang baik utk wanita yang baik, Wanita yang baik utk lelaki yang baik, Lelaki yang jahat utk wanita yang jahat, Wanita yang jahat utk lelaki yang jahat."
 

26 January 2012

❤ Sabar, Redha, Kuat, Tenang, Menangis ❤

❤ SABAR:
Sabar disebalik kemarahan
Sabar disebalik ujian
Sabar menyelesaikan masalah

❤ REDHA:
Redha dengan ketentuanNya
Redha kepada takdirNya
Redha disebalik pada yang terjadi

❤ KUAT:
Kuat menghadapi ujian
Kuat melawan nafsu yang xbaik
Kuat mempertahankan maruah & agama
Kuat menjalani kehidupan yang penuh berliku

❤ TENANG:
Tenang Menghadapi kehidupan yang penuh dugaan
Tenang apabila orang berkata-kata nista kepada kita
Tenang apabila dilukai

❤ MENANGIS:
Menangis mengenangkan dosa2 yang lalu
Menangis mengenangkan kejahatan & kesalahan yang lalu