Salji

31 July 2011

Berbuka Puasa Ikut Sunah ~

Bagaimana kita mahu meniru Rasullah SAW ketika berbuka puasa?mudah sahaja.kita hanya perlu mengikut amalan yg biasa dibuat oleh baginda.Mari kita lihat cara baginda berbuka puasa ~>

membaca doa :

Ibn 'Umar r.a berkata: "apabila berbuka puasa Nabi SAW akan membaca doa (yang bermaksud):hilangkan segala kehausan,segala urat telah basah dan semoga tetaplah beroleh pahala." ( Riwayat Abu Dawud )

kita juga boleh berdoa apa sahaja yg dihajati kerana di antara waktu yg mustajab ( makbul) utk berdoa adalah ketika berbuka puasa.

segere berbuka puasa :

Nabi SAW menyegerekan berbuka puasa.masuk sahaja waktu maghrib,baginda akan segera berbuka.
baginda bersabda:
" manusia akan sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka sentiasa menyegerakan berbuka puasa.'' ( Riwayat al-Bukhari)

Buah Rutab,Tamar atau Air :

Rutab ialah buah kurma yg msk dan tidak dikeringkan.ia lembut dan manis.tamar pula ialah buah kurma yang dikeringkan sebagaimana yg banyak dijual.berbuka puasa dengan buah rutab,tamar atau air merupakan sunah Nabi SAW.Anas bin Malik r.a berkata:"Rasullah SAW berbuka puasa sebelum solat (maghrib) dengan rutab.jika tiada rutab,baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar,baginda akan meneguk beberepa teguk air." ( Riwayat Imam at-Tirmizi)

Solat Maghrib:

Rasullah SAW juga menyegerakan solat Maghrib.oleh itu,setelah selesai menikmati hidangan,bersegeralah mengerjakan solat Maghrib.

Berbuka secara sederhana:

cara berbuka Nabi SAW yg hanya mkn kurma dan minum air adalah cara yg sederhana.jika kita mahu meniru Nabi SAW,kita juga perlu berbuka secara sederhana.Baginda tak pernah mkn secara berlebih-lebihan hingga terlalu kenyang walaupun setelah seharian menahan lapar & dahaga.

menjamu makan berbuka puasa :

Nabi SAW suka berkongsi mkn dgn para Sahabat sama ada pada bulan puasa atau bulan-bulan lain.Baginda juga mengggalakkan umatnya menjamu mknan berbuka puasa kerana ganjarannya begitu besar.Sabda baginda:"Sesiapa yg menjamu makanan untuk berbuka bagi org yg berpuasa,pahalanya sama seperti orang yg berpuasa,iaitu pahala org yg berpuasa  yg tidak dikurangkan walau sedikit." ( Riwayat at-Tirmizi)

semoga kita dpt meniru amalan Nabi SAW ini secara berterusan setiap kali Ramadhan menjelma

28 July 2011

(:

✿~ Jika mereka sibuk mencari cinta, biarlah kita sibuk mencari iman.•.♥•
 ✿~ Jika mereka sibuk mencari pasangan, biarlah kita sibuk mencari keredhaan.•.♥• ✿~ Jika mereka menangis kerana kecewa bercinta,biarlah kita menangis mengenang dosa-dosa semalam.•.♥•
✿~ Jika mereka lebih cintakan manusia, biarlah kita cintakan Tuhan. •.♥•
✿~ Jika mereka dambakan dunia, biarlah kita dambakan akhirat... •.♥•

Tip Berpuasa...

melewatkan mkn sahur :
kita disunatkan utk melambatkan sahur sehingga hampir dengan waktu subuh. dengan melambatkan  sahur,kita tidak terlalu cepat berasa lapar.kita juga dpt mengamalkan sunah Nabi.sebaik-baiknya,waktu kita selesai bersahur adalah kira-kira sepuluh minit sebelum masuk waktu subuh iaitu sekira-kira tempoh bacaan lima puluh ayat al-Quran.

Makan makanan berkhasiat:
ketika bersahur ataupun berbuka,eloklah kita mkn makanan yg berkhasiat seperti buah-buahan,sayur,tauhu,kekacang,susu & kurma. makanlah mknan yg senang dihadam & kurangkan masakan berminyak,berempah & pedas.ingat ya kawan-kawan,mknlah secara sederhana supaya kawan-kawan mampu melakukan ibadat kepada Allah SWT.

Tadarus Al-Quran :

setiap kali selepas solat,kita digalakkan bertadarus al-Quran sama ada di rumah ataupun di masjid.bacalah ayat-ayat al-Quran yg mudah dahulu jika tidak mampu menguasai yg sukar.seeloknya,ikutlah ibu bapa atau org yang lebih dewasa membaca al-Quran.amalan ini sepatutnya berterusan sehingga ke bulan-bulan lain.

mempercepatkan berbuka :
tidak seperti bersahur,kita digalakkan utk mempercepatkan berbuka puasa apabila tiba waktunya.jika kita melambatkannya,nescaya solat maghrib kita juga akan terlambat sedangkan Allah SWT tidak suka kepada org yang melambatkan solat.mulakan berbuka dengan buah kurma dan makanan yang ringan seperti kuih.ingat kawan-kawan,jangan sesekali membazirkan makanan.

minum air suam :
sepanjang bulan puasa,sebaik-baiknya kawan-kawan perbanyakkan minum air suam ketika bersahur ataupun berbuka puasa.ini utk menjamin kesihatan yg lebih baik sepanjang hari.elakkan daripada mengambil minuman bergas atau berais ketika berbuka ataupun bersahur.

Ingat ya kawan-kawan,di samping tip atau panduan ini,ada banyak lagi perkara yg patut kita amalkan.antaranya bersedekah,berzikir atau solat terawih.malah kita perlu menjaga tutur kata serta tingkah laku kita.selamat berpuasa!

26 July 2011

lirik lagu Pejuang Agama...

Setiap manusia pasti punya
pemikiran yang saling berbeza
tapi janganlah cuba untuk memaksa
yang lain jika tidak sekata
usah taksuf tafsiran sendiri
pandanglah dari susut yang lain
mungkin ada benarnya kata mereka
andainya berfikiran terbuka
renungkanlah bersama~
chorus:
Habibi,janganlah membenci
hentikan dari saling menyakiti
Habibi,hanya jikalau bersatu
umahmu akan lebih maju
Temanku,bersalamlah selalu
Hormati mereka di sekeliling mu
Temanku,marilah kita bersama
menjadi pejuang agama
aaa~haaa~aa~haaa~
tak perlu meninggikan suara
untuk meluah apa dirasa
kerana lantang itu bukannya bermakna
katamu mnjadi lebih benar
renungkanlah bersama~
ulang:chorus 1x
hindari rasa benci
sesama sendiri
teguhkan ikatan~
antara saudara~
aaa~haaa~aaa~haa~
aaa~aaa~aaa~aaa~aaa~aaa~aa~aa~aa~aaa~
habibi~
ulang:chorus 1x

Assalam Ramadhan

Bulan Ramadhan Al-Mubarak sudah semakin menghampiri kita. Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini akan mendidik kembali nafsu manusia yang sering bermaharajalela dalam diri manusia sepanjang tahun.

Puasa akan mendidik kembali nafsu manusia kerana nafsu sangat degil dan susah untuk tunduk kepada perintah Allah sejak ia mula-mula diciptakan lagi. Sebagai orang yang beriman, bulan Ramadhan adalah bulan yang diperintahkan untuk berpuasa dan mendidik nafsu supaya mengikut perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.

Berpuasa adalah cara untuk mendidik dan menundukkan nafsu yang degil. Apabila berpuasa, kita tidak mengikut keinginan nafsu seperti makan dan minum sebaliknya kita mengikut perintah Allah supaya berpuasa di bulan Ramadhan.

Maka dengan itu, nafsu telah dididik untuk berpuasa dan mengikut segala perintah Allah. Gunakan sebaiknya bulan Ramadhan yang bakal tiba untuk mendidik nafsu yang degil ini supaya kita akan mendapat banyak keberkatan di bulan Ramadhan kali ini.

Ambillah juga peluang sebulan ini untuk menguatkan diri sebelum kita diduga dengan gabungan syaitan dan nafsu setelah Ramadhan meninggalkan kita. Persiapkan diri kerana syaitan telah berjanji untuk menduga anak Adam dan Hawa sehingga Kiamat kelak.....
^^,

:)

____♥♥♥_____♥♥♥_____
__♥_____♥_♥_____♥___
__♥______♥______♥___
___♥_RAMADHAN_♥____
_____♥_______♥______
_______♥___♥________
_________♥__________

:)

Tentunya ada diantara sahabat yang merasa kebingungan, mengenai apa-apa saja yang harus dan perlu dipersiapkan menjelang bulan Ramadhan. Untuk itu, bolehlah diterapkan persiapan-persiapan berikut ini:
1- I'dad Ruhi Imani, yakni persiapan ruh keimanan.
Orang-orang yang sholeh biasa melakukan persiapan ini seawal mungkin
sebelum datang Ramadhan. Bahkan mereka sudah merindukan kedatangannya
sejak bulan Rajab dan Sya'ban. Biasanya mereka berdoa : "Ya Allah, berikanlah
kepada kami keberkatan pada bulan Rejab dan Sya'ban, serta sampaikanlah kami
kepada Ramadhan."
Dalam rangka persiapan ruh keimanan itu, dalam surah At-Taubah Allah
melarang kita melakukan berbagai maksiat dan kezaliman sejak bulan Rejab.
Tapi bukan bererti di bulan lain dibolehkan. Hal ini dimaksudkan agar
sejak bulan Rejab kadar keimanan kita sudah meningkat. Boleh dikiaskan, bulan
Rejab dan Sya'ban adalah masa pemanasan *(warming up),*sehingga ketika memasuki Ramadhan kita sudah bisa bisa menjalani ibadah shaum dan sebagainya itu bak sudah terbiasa.
2- I'dad Jasadi, yakni persiapan fizikal.
Untuk memasuki Ramadhan kita sebaiknya menyediakan fizikal yang lebih kuat
dan bersedia daripada biasanya. Sebab, jika fizikal lemah, boleh menjadikan kemuliaan yang dilimpahkan oleh Allah swt. pada bulan Ramadhan tidak dapat kita raih secara optimal.
Maka, sejak bulan Rajab Rasulullah dan para sahabat membiasakan diri melatih
fizikal dan mental dengan melakukan puasa sunnah, banyak berinteraksi dengan
al-Qur'an, biasa bangun malam (qiyamul-lail), dan meningkatkan aktiviti seketika
berkecimpung dalam masyarakat.
3- I'dad Maaliyah, yakni persiapan harta.
Jangan salah faham, persiapan harta bukan untuk membeli keperluan
berbuka puasa atau hidangan di hari raya sebagaimana tradisi kita selama ini.
Mempersiapkan harta adalah untuk melipatgandakan sedekah, karena Ramadhan
padanya disediakan peluang yang banyak untuk bersedekah.
4- I'dad Fikri wa Ilmi, yakni persiapan intelektual dan keilmuan.
Agar ibadah Ramadhan dapat direbut seoptima mungkin, diperlukan bekal wawasan dan tashawur (persepsi) yang benar tentang Ramadhan. Antaranya dengan membaca berbagai bahan rujukan dan menghadiri majlis ilmu tentang Ramadhan.
Kegiatan ini berguna untuk mengarahkan kita agar beribadah sesuai tuntunan Rasulullah saw. seketika Ramadhan. Menghafal ayat-ayat dan doa-doa yang berkait dengan pelbagai jenis ibadah, atau menguasai berbagai masalah dalam fiqh puasa, juga penting untuk dipersiapkan.
Semoga persiapan yang dilakukan mampu menjadikan ibadah puasa kita kali ini adalah yang terbaik dalam sejarah puasa yang kita lakukan. Dan semoga ianya diterima oleh Allah swt. dan diberikan ganjaran yang sewajarnya bila amal dihitungkan untuk diberikan pembalasan.

Keistimewaan Wanita

Wanita sebenarnya banyak keistimewaannya. Janganlah rendah diri kerana anda wanita,kerana Allah jadikan wanita dengan pelbagai keistimewaan:

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT...

20 July 2011

:)

Di kala ini,
Hati ku sebak,
Apabila mengenangkan,
Nasib bayi-bayi yang tidak berdosa,
Bayi yang masih belum mengenali,
Ceritera dunia yang sebenar.

Di kala ini,
Mataku mula bergenang,
Titisan-titisan mutiara,
Apabila terbaca mahupun terdengar,

Kisah bayi yang ditinggalkan,
Oleh manusia yang berhati keji.

Di kala ini,
Aku mula berfikir,
Manusia yang bagaimanakah?
Sanggup membuang darah daging sendiri,
Di merata-rata tempat,
Tanpa belas kasihan,
Hanya kerana ingin menutup keaiban,
Sebuah kesilapan mengasyikkan dalam kehidupan.

Di kala ini,
Aku mula bermonolog,
Tidak adakah walaupun secebis perasaan,
Di hati suci seorang ibu,
Melihat wajah sayu si bayi,
Bayi yang pasti menceriakan hari,
Bayi yang membawa rezeki,
Di kehidupan muka nanti.

Di kala ini,
Aku mula merintih,
Supaya pengajaran diberi,
Kepada manusia-manusia keji,
Sanggup melakukan hal ini.

Di kala ini juga,
Aku mula memohon doa,
Supaya perkara seperti ini,
Tidak pernah dan tidak mungkin,
Berlaku di dalam kehidupan ku,
Mahupun keluarga ku ini...

19 July 2011

Jalan Menuju Syurga ~

~ para sahabat Nabi Muhammad sentiasa berusaha melakukan amalan yg dpt memasukkan mereka ke dlm syurga.
~ objektif hidup di dunia adalah mendapat reda Allah sebab yg menyebabkan kita dimasukkan ke syurga oleh Allah.
~ sembahyang yg didirikan dengan sempurna akan mendekatkan diri kita dengan syurga.
~ puasa yang dihayati akan meningkatkan kepercayaan kita kepada Allah dan kita berusaha bagi mencari reda Allah.
~ kuasa menetapkan halal haram adalah kuasa mutlak Allah.
~ kita wajib menghalalkan apa yang Allah halalkan dan seterusnya melakukan perkara yang halal sahaja.
~ kita wajib mengharamkan apa yg diharamkan oleh Allah dan seterusnya meninggalkan setiap perkara haram itu.
~ org yg menghalalkan apa yg diharamkan oleh Allah ataupun mengharamkan apa yg dihalalkan oleh Allah adalah org yg kufur dan syirik...

Setiap kebaikan itu mendapat pahala sedekah...

~ kita wajib menyucikan hati dan angggota badan daripada apa jua bentuk kekotoran.
~ kita akan beroleh pahala yg benar dengan membanyakkan pujian kepada Allah dengan membaca ' alhamdulilah'.
~ Allah menyediakan pahala yang besar sehingga meliputi seluruh langit dan bumi bagi org yg banyak bertasbih iaitu dengan membaca ' subnallah walhamdulilah'.
~ sembahyang  yg kita dirikan dengan sempurna akan menunjukkan kepada kita amalan-amalan yg disuka oleh Allah.
~ sifat sabar akan membentuk jiwa yang kental.
~ kita dituntut supaya membaca al-Quran kerana ia akan memberi bantuan kepada kita pada hari Kiamat kelak.
~ org yg mentaati setiap arahan Allah akan bebas daripada kehinaan dunia serta bebas daripada azab akhirat.
~ org yg mengikut hasutan syaitan ataupun mengikut ajakan nafsu dengan melakukan dosa dan maksiat,dia sebenarnya merelakan dirinya binasa ketika hidup di dunia dan rela diazab oleh Allah pada hari Kiamat kelak.

18 July 2011

(^____^)

~ kita wajib memberi sedekah kepada seluruh anggota badan dan sendi kita yg berjumlah 360, pada setiap hari sebagai tanda kita bersyukur kepada Allah.
~ amalan yg mendekatkan diri kita dengan Allah akan diberikan pahala sedekah. amalan itu sama ada berbentuk ibadah khusus ataupun melakukan kebaikan kepada makhluk ciptaan Allah.
~ kita dituntut menyelesaikan pertikaian antara sahabat kita dan kita akan mendapat pahala sedekah apabila kita melakukannya.
~ apabila kita mengajak org menaiki kenderaan kita dan menghantarnya ke destinasi yang dia tuju,maka kita akan mendapat pahala sedekah.
~ kita akan mendapat pahala sedekah apabila membantu org memunggah barangnya ke dlm kenderaannya.
~ kita akan mendapat pahala sedekah apabila kita bercakap dgn ucapan yg baik kepada org lain.
~ jika kita melihat ada benda yg menghalang jalan,lalu kita buang benda itu,pasti kita akan mendapat pahala sedekah.
~ kita dituntut supaya sembahyang berjemaah di masjid ataupun surau, dan setiap langkah ataupun minyak yg digunakan oleh kenderaan kita menuju ke masjid ataupun surau,akan dikira sebagai pahala sedekah.

Peluang Melakukan kebaikan

~  amalan yg membolehkan kita masuk syurga dan menjauhkan kita daripada api nereka adalah kita sembah Allah dan tidak menyekutukan Allah dengan apa-apa sekalipun,kita dirikan sembahyang,bayar zakat,puasa di bulan Ramadhan,dan melakukan ibadat Haji di Kaabah.
~ puasa sunat,sedekah dan sembahyang sunat pada pertengahan malam adalah amalan yg disukai Allah.
~ puasa yg dilakukan dengan sempurna menjadi perisai yg dpt menghalang kita daripada melakukan amalan jahat.
~ sedekah yg kita berikan dengan ikhlas akan menghapuskan dosa-dosa kecil yg kita lakukan.
~ hanya amalan baik yg dilakukan oleh orang yang beriman sahaja diterima oleh Allah.
~  sembahyang adalah tiang agama.siapa yg mendirikan sembahyang maka dia sudah mendirikan agama dalam dirinya.tetapi siapa yang meninggalkan sembahyang,maka dia sudah merobohkan agama dlm dirinya.
~ puncak segala amalan baik adalah berjihad mempertahankan agama Allah.
~ lidah boleh menyebabkan kita binasa.oleh itu, jagalah lidah supaya hidup kita dengan selamat.

(:

Allah SWT berfirman: " Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat kepadamu." ( Al-Baqarah: 152).

:)

‎'' Apabila kamu dihormati dengan satu penghormatan,maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik,atau balasnya ( dengan yang serupa).Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu."
[ Surah an-Nisa' : 86]

17 July 2011

Ujian Hidup..

ketika hidupku tertekan...
mengaburi pedoman...
kepadaNya akan ku pergi...
untuk mencari bimbingan...
ku serah tadir ditanganNya..

ku serah tadir ditanganNya..
mengukir perjalanan...
walau ujian melanda..
ku tabah menerima kerana...

walaupun tak dikurnia kemasyuran...
walaupun tak dilimpahi kemewahan...
hatiku tetap memujiMu...
namaMu selalu Ya Rabbi...

walaupun tak diberi kemakmuran..
akanku memanjangkan kesabaran..
ku tetap syukur pada Ilahi..
kerana mengurniakan nyawa ini..

Dia hatiku selalu..
memberikanku petunjuk...
apabila pemandangan samar...

biarpun hidup digoda...
ujian dan pancoroba..
pasti ada hikmah disebaliknya..

15 July 2011

Hak Saudara

~ Kita dilarang oleh Nabi Muhammad daripada memiliki sifat dengki dalam hati.
~ Org  beriman tidak akan menipu org lain kerana sikap suka menipu adalah sikap orang munafik.
~ setiap Muslim adalah bersaudara. oleh itu,kita dilarang daripada membenci saidara seagama kita.
~ jangan 'menikam saudara kita dari belakang'.
~ kita dilarang sama sekali menganiaya saudara seagama kita.
~ jangan sesekali-kali bercakap bohong dengan saudara seagama kita.
~ sifat takutkan Allah berada dlm hati dan dijelmakan dlm bentuk melakukan amalan-amalan baik yg disukai Allah.
~ org yang memandang rendah dan menghina org lain adalah melakukan dosa yang besar.
~kita dilarang daripada cuba membunuh saudara seagama,mengambil hartanya tanpa kebenaran dan sebagainya...

Larangan Melakukan Apa Yang Tidak Berkenaan:

Abu Hurairah melaporkan,Nabi Muhammad pernah berkata," Salah satu sisi keindahan pada keislaman seseorang adalah apabila dia meninggalkan perkara-perkara yang tidak berguna''

Hadis hasan direkodkan oleh Tirmizi dan lain-lain.


Tip Hadis:
~ penghayatan Islam pada diri seseorang bergantung pada sebanyak mana amalan baik yang dilakukannya.
~ lakukan perkara yg mendatangkan manfaat pada kita sahaja.
~ perkara-perkara yg tidak mendatangkan manfaat sama ada utk diri,keluarga,masyarakat ataupun agama perlu ditinggalkan.
~ jangan membuang masa melakukan perkara-perkara yg tidak berkaitan dengan kita.

sekadar kata-kata...

~ hari yg paling baik adalah pada hari bertambah kesabaranmu,pada hari engkau menerima ilmu,pada hari engkau terhindar dari berbuat dosa,pada hari engkau memporelah pemahaman, dan pada hari engkau memperoleh ketetapan hati. ~

Makanan yang Baik Dan Halal Adalah Syarat Doa Diterima

~ Allah sukakan benda & perkara yg baik dan suci.
~ makanlah makanan yg halal & suci.
~ tanggungjawab para utusan Allah bagi melakukan ibadah kepada Allah adalah sama seperti tanggungjawab manusia lain.
~ berterima kasih kepada Allah atas setiap rezeki yg diberikanNya kepada kita adalah termasuk dalam amalan baik.
~ apabila kita makan makanan yang haram,minum minuman yang haram,serta memakai pakaian yang haram,maka Allah tidak akan menerima permohonan kita..
~ banyakkan berdoa semasa kita berada dalam perjalanan kerana doa musafir yg ikhlas akan diperkenankan oleh Allah.

14 July 2011

Larangan Melakukan Apa Yang Tidak Berkenaan.

Abu Hurairah melaporkan,Nabi Muhammad pernah berkata," Salah satu sisi keindahan pada keislaman seseorang adalah apabila dia meninggalkan perkara-perkara yang tidak berguna''

Hadis hasan direkodkan oleh Tirmizi dan lain-lain.

Tip Hadis:

~ penghayatan Islam pada diri seseorang bergantung pada sebanyak mana amalan baik yang dilakukannya.
~ lakukan perkara yg mendatangkan manfaat pada kita sahaja.
~ perkara-perkara yg tidak mendatangkan manfaat sama ada utk diri,keluarga,masyarakat ataupun agama perlu ditinggalkan.
~ jangan membuang masa melakukan perkara-perkara yg tidak berkaitan dengan kita.

masih dalam ingatan ~

masih dalam ingatan,
kenangan dahulu,
masih dalam ingatan,
apa yang terjadi,
masih dalam ingatan,
terluka hati,
tapi ku tak boleh terus duduk di tempat yang lama,
ku haruslah berusaha untuk mengubahkan kehidupan ini,
ku harus berusaha &
lupakan kenangan dahulu....
walaupun sememangnya susah...
:(

Sekadar Perkongsian...

Abu Hamzah; Anas bin Malik,pembantu peribadi Nabi Muhammad,melaporkan Nabi Muhammad pernah berkata," Tidak ada sesiapa antara kamu sekalian yang beriman,melainkan dia suka saudara seagamanya mendapat sesuatu yang disukai untuk dirinya sendiri."
hadis direkodkan oleh Bukhari dan Muslim.
Tip Hadis :
~> Iman itu perlu dibuktikan dengan melakukan amalan yang baik.
~> Tahap Iman seseorang Muslim adalah berbeza.
~> kita perlu mempunyai rasa sayang kepada setiap Muslim.
~> jika kita hendak org lain berbuat baik kepada kita,kita terlebih dahulu perlu berbuat baik kepada org lain.
~> kukuhkan hubungan persaudaraan sesama Muslim.
~> jika kita tidak suka org berbuat jahat kepada kita,jangan sesekali-kali berbuat jahat kepada orang lain.^^,

^^,

Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah. Kita hanya menggunakan 17 otot muka ketika senyum berbanding 43 ketika mengerutkan dahi. Senyumlah anda seperti senyumnya Rasulullah....
(^_____^)...


Senyum selalu...
senyum kan satu sedekah...
senyum seindah pelangi...
sentiasa senyum....
^^,

13 July 2011

Beza Antara Pahala Dan Dosa

Beza antara Pahala Dan Dosa :

Al-Nawwas bin Sam'an melaporkan, Nabi Muhammad pernah berkata, " Kebaikan adalah peribadi yang terpuji, dosa adalah apa yang bergelut dalam hatimu sedangkan kamu tidak mahu orang lain mengetahuinya."

Hadis direkodkan oleh Muslim.

Tip Hadis :
~> kita perlu berusaha memaksimumkan amalan yang baik.
~> kita dikatakan melakukan amalan yang baik apabila kita mempunyai watak yang baik.
~> petanda sesuatu amalan itu baik ataupun buruk dapat dikesan oleh hati.
~> amalan yang kita lakukan dengan hati yang tenang dianggap sebagai kebaikan.
~> org yg berhati mulia tidak suka melakukan perkara jahat.hatinya tidak tenteram apabila melakukan amalan jahat.
~> amalan jahat adalah amalan yg kita tidak suka jika ada org lain mengetahuinya

Lakukan Apa Yang Diyakini Sahaja :


Abu Muhammad; Hassan bin Ali bin Abi talib, cucu kesayangan Nabi Muhammad berkata," Saya menghafal pesanan Rasullah yang berbunyi, " Tinggalkan perkara-perkara yang kamu ragui dan gantikan dengan perkara-perkara yang tidak kamu ragui."

Hadis direkodkan oleh Tirmizi dan Nasa'i.Tirmizi berkata," Hadis ini hadis hasan sahih.''


Tip Hadis:

~> Lakukan perkara-perkara yang kita yakini dalam hati sahaja.
~> Jika dalam hati kita ada keraguan apabila hendak melakukan sesutu perkara,maka janganlah lakukan perkara itu.
~> Amalan yang baik adalah amalan yang kita lakukan dalam keadaan hati kita tenang melakukannya
.

Sekadar perkongsian...

Takutlah kepada Allah :

~> takutlah kepada Allah di mana sahaja kita berada sama ada semasa kita keseorangan ataupun bersama org lain.
~> setiap amalan baik yg kita lakukan dapat menghapuskan dosa kecil yg pernah kita lakukan.
~> kita wajib berinteraksi dengan sesama manusia dengan cara yang baik....

Amalan-Amalan Baik ~


~ jika kita membantu saudara kita yg berada dlm kesusahan,Allah akan membantu kita pada hari Kiamat kelak.
~ jika kita meringankan bebanan org lain, Allah akan meringkan bebanan hidup kita di dunia & akhirat.
~ jika kita menyembunyi keaiban org lain,Allah akan menutup keaiban kita pada hari Kiamat.
~ Allah sentiasa menolong kita, dengan syarat kita perlu sentiasa menolong saudara seagama kita.
~ Allah akan memberikan petunjuk jalan menuju ke syurga pada hari Kiamat kelak kepada org yg berusaha menuntut ilmu.
~ orang yang berkumpul di dalam masjid-masjid sambil membaca & mempelajari Al-Quran akan diberikan ketenteraman,diliputi rahmat dengan dikelilingi para malaikat dan Allah memerintahkan para malaikat itu memuji- muji mereka.
~ yakinlah hanya Allah sahaja yang dapat memberi petunjuk kepada kita. ahli keluarga tidak mampu memberi petunjuk kepada kita.
~ keturunan yg mulia tidak mampu menyelamatkan kita daripada azab Allah pada hari Kiamat.

berilah nasihat ~

~ kita digalakkan memberikan nasihat kepada sesiapa sahaja.
~ Nasihat mampu menjauhkan hidup kita daripada kejahatan.
~ Berani menegur kejahatan yang sedang berlaku di hadapan mata kita.
~ Petanda iman pada diri seseorang adalah dia sanggup berkata benar walaupun terpaksa menanggung risiko & bahaya.

Komited & beriman:

~ menuntut ilmu dengan tujuan menguatkan iman kepada Allah adalah tuntutan.
~ Iman bukan hanya sekadar lafaz di lidah,tetapi perlu diusahakan dengan anggota badan iaitu melakukan segala arahan Allah.
~ kita wajib melakukan amalan baik secara konsisten sebagai tanda kita beriman kepada Allah.
~ Hanya orang yang konsisten dan komited dlm melakukan amalan baik akan dpt mengharungi segala dugaan hidup dgn tabah.
~ bagi mewujudkan sifat konsisten dan komited dlm diri,kita perlu sentiasa ingat kepada Allah semasa melakukan apa jua aktiviti dalam
hid
up.

Allah Itu Maha Pemurah.^^,

~> Allah mencatat semua perbuatan baik & perbuatan jahat yg kita lakukan.
~> jika kita berniat melakukan perkara baik kemudian kita tidak melakukannya,Allah mencatatkan bagi kita satu pahala yg sempurna.
~> kita akan mendapat lebih 700 kali ganda pahala apabila kita berniat melakukan perkara baik dan kemudian kita melakukannya.
~> jika kita berniat hendak melakukan kejahatan tetapi tidak jadi melakukannya,Allah mencatatkan bagi kita satu pahala yang sempurna.
~> Allah akan mencatatkan bagi kita satu dosa sahaja sekiranya kita berniat melakukan perkara jahat & kemudian kita melakukannya.