Beza antara Pahala Dan Dosa :
Al-Nawwas bin Sam'an melaporkan, Nabi Muhammad pernah berkata, " Kebaikan adalah peribadi yang terpuji, dosa adalah apa yang bergelut dalam hatimu sedangkan kamu tidak mahu orang lain mengetahuinya."
Hadis direkodkan oleh Muslim.
Tip Hadis :
~> kita perlu berusaha memaksimumkan amalan yang baik.
~> kita dikatakan melakukan amalan yang baik apabila kita mempunyai watak yang baik.
~> petanda sesuatu amalan itu baik ataupun buruk dapat dikesan oleh hati.
~> amalan yang kita lakukan dengan hati yang tenang dianggap sebagai kebaikan.
~> org yg berhati mulia tidak suka melakukan perkara jahat.hatinya tidak tenteram apabila melakukan amalan jahat.
~> amalan jahat adalah amalan yg kita tidak suka jika ada org lain mengetahuinya
No comments:
Post a Comment