Salji

31 July 2011

Berbuka Puasa Ikut Sunah ~

Bagaimana kita mahu meniru Rasullah SAW ketika berbuka puasa?mudah sahaja.kita hanya perlu mengikut amalan yg biasa dibuat oleh baginda.Mari kita lihat cara baginda berbuka puasa ~>

membaca doa :

Ibn 'Umar r.a berkata: "apabila berbuka puasa Nabi SAW akan membaca doa (yang bermaksud):hilangkan segala kehausan,segala urat telah basah dan semoga tetaplah beroleh pahala." ( Riwayat Abu Dawud )

kita juga boleh berdoa apa sahaja yg dihajati kerana di antara waktu yg mustajab ( makbul) utk berdoa adalah ketika berbuka puasa.

segere berbuka puasa :

Nabi SAW menyegerekan berbuka puasa.masuk sahaja waktu maghrib,baginda akan segera berbuka.
baginda bersabda:
" manusia akan sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka sentiasa menyegerakan berbuka puasa.'' ( Riwayat al-Bukhari)

Buah Rutab,Tamar atau Air :

Rutab ialah buah kurma yg msk dan tidak dikeringkan.ia lembut dan manis.tamar pula ialah buah kurma yang dikeringkan sebagaimana yg banyak dijual.berbuka puasa dengan buah rutab,tamar atau air merupakan sunah Nabi SAW.Anas bin Malik r.a berkata:"Rasullah SAW berbuka puasa sebelum solat (maghrib) dengan rutab.jika tiada rutab,baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar,baginda akan meneguk beberepa teguk air." ( Riwayat Imam at-Tirmizi)

Solat Maghrib:

Rasullah SAW juga menyegerakan solat Maghrib.oleh itu,setelah selesai menikmati hidangan,bersegeralah mengerjakan solat Maghrib.

Berbuka secara sederhana:

cara berbuka Nabi SAW yg hanya mkn kurma dan minum air adalah cara yg sederhana.jika kita mahu meniru Nabi SAW,kita juga perlu berbuka secara sederhana.Baginda tak pernah mkn secara berlebih-lebihan hingga terlalu kenyang walaupun setelah seharian menahan lapar & dahaga.

menjamu makan berbuka puasa :

Nabi SAW suka berkongsi mkn dgn para Sahabat sama ada pada bulan puasa atau bulan-bulan lain.Baginda juga mengggalakkan umatnya menjamu mknan berbuka puasa kerana ganjarannya begitu besar.Sabda baginda:"Sesiapa yg menjamu makanan untuk berbuka bagi org yg berpuasa,pahalanya sama seperti orang yg berpuasa,iaitu pahala org yg berpuasa  yg tidak dikurangkan walau sedikit." ( Riwayat at-Tirmizi)

semoga kita dpt meniru amalan Nabi SAW ini secara berterusan setiap kali Ramadhan menjelma

No comments:

Post a Comment