Salji

18 July 2011

Peluang Melakukan kebaikan

~  amalan yg membolehkan kita masuk syurga dan menjauhkan kita daripada api nereka adalah kita sembah Allah dan tidak menyekutukan Allah dengan apa-apa sekalipun,kita dirikan sembahyang,bayar zakat,puasa di bulan Ramadhan,dan melakukan ibadat Haji di Kaabah.
~ puasa sunat,sedekah dan sembahyang sunat pada pertengahan malam adalah amalan yg disukai Allah.
~ puasa yg dilakukan dengan sempurna menjadi perisai yg dpt menghalang kita daripada melakukan amalan jahat.
~ sedekah yg kita berikan dengan ikhlas akan menghapuskan dosa-dosa kecil yg kita lakukan.
~ hanya amalan baik yg dilakukan oleh orang yang beriman sahaja diterima oleh Allah.
~  sembahyang adalah tiang agama.siapa yg mendirikan sembahyang maka dia sudah mendirikan agama dalam dirinya.tetapi siapa yang meninggalkan sembahyang,maka dia sudah merobohkan agama dlm dirinya.
~ puncak segala amalan baik adalah berjihad mempertahankan agama Allah.
~ lidah boleh menyebabkan kita binasa.oleh itu, jagalah lidah supaya hidup kita dengan selamat.

No comments:

Post a Comment