Salji

28 July 2011

Tip Berpuasa...

melewatkan mkn sahur :
kita disunatkan utk melambatkan sahur sehingga hampir dengan waktu subuh. dengan melambatkan  sahur,kita tidak terlalu cepat berasa lapar.kita juga dpt mengamalkan sunah Nabi.sebaik-baiknya,waktu kita selesai bersahur adalah kira-kira sepuluh minit sebelum masuk waktu subuh iaitu sekira-kira tempoh bacaan lima puluh ayat al-Quran.

Makan makanan berkhasiat:
ketika bersahur ataupun berbuka,eloklah kita mkn makanan yg berkhasiat seperti buah-buahan,sayur,tauhu,kekacang,susu & kurma. makanlah mknan yg senang dihadam & kurangkan masakan berminyak,berempah & pedas.ingat ya kawan-kawan,mknlah secara sederhana supaya kawan-kawan mampu melakukan ibadat kepada Allah SWT.

Tadarus Al-Quran :

setiap kali selepas solat,kita digalakkan bertadarus al-Quran sama ada di rumah ataupun di masjid.bacalah ayat-ayat al-Quran yg mudah dahulu jika tidak mampu menguasai yg sukar.seeloknya,ikutlah ibu bapa atau org yang lebih dewasa membaca al-Quran.amalan ini sepatutnya berterusan sehingga ke bulan-bulan lain.

mempercepatkan berbuka :
tidak seperti bersahur,kita digalakkan utk mempercepatkan berbuka puasa apabila tiba waktunya.jika kita melambatkannya,nescaya solat maghrib kita juga akan terlambat sedangkan Allah SWT tidak suka kepada org yang melambatkan solat.mulakan berbuka dengan buah kurma dan makanan yang ringan seperti kuih.ingat kawan-kawan,jangan sesekali membazirkan makanan.

minum air suam :
sepanjang bulan puasa,sebaik-baiknya kawan-kawan perbanyakkan minum air suam ketika bersahur ataupun berbuka puasa.ini utk menjamin kesihatan yg lebih baik sepanjang hari.elakkan daripada mengambil minuman bergas atau berais ketika berbuka ataupun bersahur.

Ingat ya kawan-kawan,di samping tip atau panduan ini,ada banyak lagi perkara yg patut kita amalkan.antaranya bersedekah,berzikir atau solat terawih.malah kita perlu menjaga tutur kata serta tingkah laku kita.selamat berpuasa!

No comments:

Post a Comment