Lakukan Apa Yang Diyakini Sahaja :
Abu Muhammad; Hassan bin Ali bin Abi talib, cucu kesayangan Nabi Muhammad berkata," Saya menghafal pesanan Rasullah yang berbunyi, " Tinggalkan perkara-perkara yang kamu ragui dan gantikan dengan perkara-perkara yang tidak kamu ragui."
Hadis direkodkan oleh Tirmizi dan Nasa'i.Tirmizi berkata," Hadis ini hadis hasan sahih.''
Tip Hadis:
~> Lakukan perkara-perkara yang kita yakini dalam hati sahaja.
~> Jika dalam hati kita ada keraguan apabila hendak melakukan sesutu perkara,maka janganlah lakukan perkara itu.
~> Amalan yang baik adalah amalan yang kita lakukan dalam keadaan hati kita tenang melakukannya.
No comments:
Post a Comment