Salji

23 August 2011

Bersikap Lemah Lembut ~

kelembutan dlm setiap tindakan serta perbuatan adalah sesuatu yg sgt baik.kesannya juga sgt memdlm kepada kita dan juga org sekeliling kita.meskipun begitu,kita harus tahu lemah-lembut yg dimaksudkan bukanlah bererti lemah atau lesu.lemah-lembut bermaksud pernampilan yg penuh sopan-santun & akhlak yg mulia.mari kita lihat kesan kita berlemah lembut & kesan jika kita bersifat kasar dgn sesiapa sahaja.

KESAN LEMAH-LEMBUT:

1. sentiasa dlm rahmat & redha Ilahi.bukan senang utk mendpt rahmat Allah,namun jika kita benar-benar menjaga setiap tindak-tanduk kita,Allah akn merahmati kita & insya-Allah hidup kita berkat.

2. perkataan yg dituturkan dgn lemah-lembut lebih berkesan pada hati org yg mendengar.

3. hal ini bermaksud,jika kita menegur sahabat-sahabat kita,kata-kata yg lembut lebih berkesan di dlm hati mereka berbanding kata-kata kita yg kasar.

4. tidak mendtgkan kemarahan kepada org.tindak tanduk serta kata-kata  yg lemah-lembut takkan mendatangkan kemarahan dlm diri rakan-rakan mahupun keluarga kita.

5. sentiasa disenangi oleh org lain.apabila kita bersikap lemah-lembut,kita akn sentiasa di senangi & mudah bergaul dgn org ramai.

KESAN BERSIFAT KASAR:

1. dibenci oleh Allah,tahukah kawan-kawan,perkara yg paling ditakuti adlh dibenci oleh Allah.apabila Allah membenci kita,ini bermaksud kita jauh daripada Allah.

2.menyinggung perasaan org lain.kata-kata mahupun perbuatan yg kasar akn mudah membuat org tersinggung dan hal ini amt dibenci oleh agama.

3. org tidak mudah utk menerima nasihat kerana tutur kata yg begitu kasar & tidak sopan.kita harus ingat,kata-kata yg tak elok utk menegur sahabat,hanya akn membuat kita jauh dari mereka & mereka akn membenci kita.

4. org lain tidak mudah utk mendekati kita atau berkawan dgn kita.satu hal yg kita harus ingat,apabila kita tidak berlemah-lembut dari segi tindakan mahupun percakapan,kita tidak mudah didekati.org lain tidak mahu berkawan dgn kita.

Hidup ini....

Hidup ini tak semanis mimpi...
Hidup ini tak seindah impian...
Hidup ini penuh warna-warni...
Hidup ini penuh dengan ujian...
Hidup ini ada suka, ada duka...
Hidup ini hanyalah sementara...
Dalam hidup ini, kekadang kita tak dapat apa yang kita inginkan...
Dalam hidup ini, kekadang kita hilang apa yang telah kita idamkan...
Dalam hidup ini, kekadang kita dapat apa yang tidak kita jangkakan...
Dalam hidup ini, kekadang kita terlupa dengan apa yang telah kita ada...
Dalam hidup ini, kekadang kita tak syukuri dengan nikmat Ilahi...
Dalam hidup ini, kekadang kita lebih membandingkan apa yang orang lain ada tetapi kita tiada...
Dalam hidup ini, kekadang kita lebih tumpukan dunia daripada akhirat yang hendak dituju selamanya...

Saya Tahu Saya x cantik...

Saya tahu saya tidak cantik..
Tapi, walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan..

Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.

Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.

Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.

Kerana saya tahu.. Saya tidak cantik pada pandangan manusia.. Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH.. Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar... Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak..

(✿◠‿◠)

Kehidupan ini macam2 dugaan yg harus kita lalui,kekadang kita rasa x mampu nk laluinya..tapi kita kena juga cuba untuk melaluinya...

Senyumlah apabila anda berasa sedih...
fikirkanlah kenangan dahulu yg manis agar dpt mengubati kesedihan itu.jangan pendamkan perasaan sedih!luahkannya!
memang berat untuk fikirkan mslh yg harus di selesaikan..
tapi kita kena Yakin setiap masalah pasti ade penyelesaian..InsyaAlah...

sokongan keluarga,kawan-kawan & org yg kita sayang memang penting.apabila kita ada masalah,masa nie lah sesuai untuk kita mengadu masalah & meminta pandangan/nasihat kepada mereka.

Berdoalah kepada Allah semoga Allah permudahkan segala urusan & dpt mencari jln keluar dari masalah yg kita hadapi..

~ Anggaplah masalah itu sebagai meningkatkan lagi Iman & menambahkan kekuatan.~

~> Ingatlah Allah menguji kita setakat apa yg kita mampu...

~ Slm perjuangan ~





18 August 2011

Bulan Ramadhan ~

Alhamdulillah, sudah lapan belas hari hari kita berpuasa. Sudah masuk fasa kedua iaitu minggu keampunan. Apa yang telah kita buat selama tujuh belas hari kita berpuasa? Harap semuanya diterima dan ditimbang di sana nanti. InsyaAllah.

Hadis Nabi yang bermaksud :

"Awal Ramadhan adalah rahmat, pertengahan Ramadhan adalah keampunan dan akhir Ramadhan adalah kebebasan api neraka"

Puasa adalah satu cara untuk kita menuju ke arah ketakwaan kepada Allah SWT. Oleh sebab itu, apabila kita berpuasa dalam keadaan bersungguh-sungguh, kita akan merasai kenikmatan berpuasa tersebut. Kita akan merasai yang diri kita ini dekat dengan Allah SWT kerana puasa yang sempurna menzahirkan ketakwaan kepada Allah.

Bulan puasa ini juga bulan yang mendekatkan diri kita kepada al-Quran. Pada masa inilah kita sedaya upaya untuk menghabiskan tiga puluh juzuk dalam masa sebulan kerana sesiapa yang mampu mengamalkan petunjuk yang ada didalam al-Quran, mereka adalah orang yang bertakwa kepada Allah.

Terdapat beberapa fungsi yang perlu kita ketahui dalam bulan Ramadhan iaitu :

1. Fungsi kepatuhan kepada Allah iaitu tiada sesiapa yang membantah suruhan berpuasa di bulan Ramadhan.

2. Fungsi persaingan kerana pada bulan Ramadhan ini, umat Islam bersaing untuk mendekatkan diri kepada Allah dan memperbanyakkan ibadah kepada-Nya.

3. Fungsi penghargaan iaitu Allah memberikan penghargaan kepada orang berpuasa dan yang menjaga pantang larang ketika berpuasa.

4. Fungsi fitrah manusia iaitu orang yang paling mulia ialah orang yang bertakwa kepada Allah.

Sepanjang lapan belas hari kita berpuasa, adakah kita rasa kita dah cukup amalan untuk menghilangkan dosa-dosa kita selama sebelas bulan yang lepas?

15 August 2011

Yakinlah...

Yakinlah bahawa pasti akan kebenaran akan terbongkar,
yakinlah bahawa pasti akan jawapan dlm persoalan,
yakinlah bahawa pasti akan dtg sinar pelangi yg menerangi kehidupan ini..
yakinlah bahawa cinta Allah cinta yg paling sejati,
yakinlah bahawa kebenaran pasti akan terbongkar,
yakinlah bahawa org yg benar pasti dilindungi oleh Allah swt,
yakinlah bahawa setiap apa yg kita lakukan di dunia ini samada perkara baik atau jahat pasti akan dpt balasan...
yakinlah bahawa kebenaran pasti akan menang..
♥ ♥♥ ♥♥♥
♥♥ Tutuplah Aurat dengan sempurna kerana Allah ♥ semoga kita bahagia di Akhirat sana serta juga di Dunia sini ♥ mudah-mudahan ♥ Amin. ♥♥
♥♥♥ SAYANGI DIRI KITA ♥♥ SAYANGI AURAT KITA ♥♥♥
♥ ♥♥ ♥♥♥

:)

´´´¶¶¶¶¶¶´´´´´´¶¶¶¶¶¶´´´
´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´
´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´¶¶¶¶´´´
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´¶¶¶¶´´´
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´¶¶¶¶¶ ´´´
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶ ´¶¶¶¶¶´´´
´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´
´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´
´´´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´
´´´´´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´
´´´´´´´´´¶¶¶¶¶¶¶¶´´´
´´´´´´´´´´´¶¶¶¶´´´
´´´´´´´´´´´´¶¶