Salji

19 July 2011

Setiap kebaikan itu mendapat pahala sedekah...

~ kita wajib menyucikan hati dan angggota badan daripada apa jua bentuk kekotoran.
~ kita akan beroleh pahala yg benar dengan membanyakkan pujian kepada Allah dengan membaca ' alhamdulilah'.
~ Allah menyediakan pahala yang besar sehingga meliputi seluruh langit dan bumi bagi org yg banyak bertasbih iaitu dengan membaca ' subnallah walhamdulilah'.
~ sembahyang  yg kita dirikan dengan sempurna akan menunjukkan kepada kita amalan-amalan yg disuka oleh Allah.
~ sifat sabar akan membentuk jiwa yang kental.
~ kita dituntut supaya membaca al-Quran kerana ia akan memberi bantuan kepada kita pada hari Kiamat kelak.
~ org yg mentaati setiap arahan Allah akan bebas daripada kehinaan dunia serta bebas daripada azab akhirat.
~ org yg mengikut hasutan syaitan ataupun mengikut ajakan nafsu dengan melakukan dosa dan maksiat,dia sebenarnya merelakan dirinya binasa ketika hidup di dunia dan rela diazab oleh Allah pada hari Kiamat kelak.

No comments:

Post a Comment