Salji

29 January 2012

Hadis =)

Diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab r.a bahawa beliau telah berkata kepada Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah! Engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu melainkan nyawa yang ada di dalam diriku." Lalu Rasulullah SAW berkata: "Tidak sempurna iman seseorang sehinggalah aku lebih dicintai daripada dirinya sendiri." Umar pun berkata: "Demi Tuhan yang telah menurunkan al-kitab kepada engkau,... sesungguhnya engkau lebih aku kasihi daripada diriku." Baginda berkata kepada umar: "Sekarang imanmu telah sempurna wahai Umar!"
(Riwayat Muslim)


Huraian Hadis:

1) Rasulullah SAW adalah orang yang paling berhak dicintai daripada sekalian makhluk di dunia ini.

2) Mencintai Baginda SAW tidak mencukupi hanya dengan menyatakan dengan lisan tetapi hendaklah dibuktikan dengan perbuatan & amal. Antaranya, dengan mempraktikkan sunnahnya serta melaksanakan segala ajaran baginda SAW.

3) Orang yang sentiasa menjaga akhlaknya & mencontohi peribadi Rasulullah SAW pada hari akhirat kelak akan mendapat ganjaran syafaat daripada baginda SAW.

4) Kita hendaklah berusaha untuk sentiasa menyuburkan iman di jiwa & memastikan bahawa setiap perbuatan yang dilakukan tidak bercanggah dengan syariat yang dibawa oleh baginda SAW.

No comments:

Post a Comment