Salji

01 March 2013

Cerpen: Takdir Hidupku

Ku kelip mata ku berkali-kali. Rasa dirimu begitu penat sekali disebabkan tak tidur sepanjang malam. Apa yang ku lihat di depanku, umpama mimpi yang begitu pahit. Allah sahaja tahu begitu berat untuk menanggung ujian ini. Air mataku bertakung menahan kesedihan di alami. Bagaimana aku untuk belajar terima kenyataan bahawa insan tersayang telah pergi tinggalkan ku? Ku melihat sekeliling muslimah2 di sekelilingku membaca yaasiin pada arwah. Aku hanya mampu mengalirkan air mata dan jika ikutkan hati, aku mahu meraung! Namun, masih tinggal secebis iman di hati ini yang memberikan sedikit kekuatan padaku.

Segalanya berjalan dengan pantas sekali. Umpama Mimpi. Namun, di dalam hati ini berasa pedih sekali. Namun, aku mesti terima hakikat ini, Moga ALLAH berikan kekuatan padaku.

Hidupku mesti diteruskan. Aku mesti kuat kerana aku ada Allah dan keluarga. Memang berat namun ku perlu kuat. Ku cuba tersenyum walaupun sememangnya berat sekali. Taktala mendengar orang yang hadir menyatakan takziah, hatiku berasa perit sekali. Apa yang aku mampu buat adalah doakan arwah moga arwah berada dikalangan orang2 yang beriman. InsyaAllah, Amin...

Al Fatihah...

Bersambung :)

No comments:

Post a Comment