Salji

15 August 2013

Cerpen: Takdir Hidupku (bahagian 3)

Hidupku tanpanya bagaikan gelap. Begitu susah untuk sesuaikan bila tiada dia. Hatiku begitu merasa sunyi dan ujian datang bertubi-tubi. Yang menemani ku setiap waktu hanyalah air mata. Hanya Dia tahu betapa lukanya hati yang begitu lembut ini.

Hari berganti hari, senyuman yang palsu ini sentiasa mekar di bibir. Ku hanya mampu berlakon kuat sedangkan hati ini sudah teruk bernanah. Hanya mampu berdoa padaNya.

"Lily, bangun bersiap pergi kuliah..." Suara yang bising iaitu kakakku menyebabkan menyedarkanku. Namun, mata ku berat sekali mahu dibuka. Bagaikan mahu sambung balik mimpi ku ini. Tak kuat aku untuk bangun. Perasaan malas itu semakin bertambah. Hati ini malas sekali untuk ke kuliah. Namun, di gagah bangun juga.

Di kuliah aku merasa sunyi sekali. Kawan satu yang rapat pun tiada. Bila masa waktu tiada kelas, aku akan pergi ke cafeteria untuk makan. Selera ku seperti tiada kerana sunyi tiada siapa di sisi. Ku kuatkan hati ini untuk makan kerana risau perut ku akan sakit. Ku tengok sekeliling ramai pelajar bersama rakannya. Hanya aku seorang sahaja keseorangan. Untuk mengisi kekosongan ini aku membawa buku. Sambil makan, sambil membaca buku.

Ku termenung keseorangan di sebalik suara yang riuh di sekeliling...

Hatiku berbisik:
Kekadang hati aku ini lemah... orang cakap kasar sikit, mata dah mula ingin menangis. Hatiku bagaikan lembut umpama kapas. Kekadang juga aku berputus asa... Kekadang aku harap sangat ini semua mimpi! Namun, sebagai hamba Allah, aku mesti menerima semua ini.... Bila agaknya hati ini ingin sembuh???



No comments:

Post a Comment