Salji

19 March 2011

(^_^).

Rasullah SAW bersabda:" Apabila salah seorang diantara kamu marah,dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri,maka hendaklah ia duduk.kerana hal itu akan menghilangkan marahnya.dan kalau tidak,maka hendaklah ia berbaring"
( Riwayat Muslim )

Rasullah SAW bersabda : " Marah itu datangnya daripada syaitan,dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadam dengan air.oleh itu, apabila salah seorang diantara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk "
( Riwayat Abi Daud ).

Nabi Muhammad SAW bersabda " keredhaan Allah terletak pada keredhaan kedua orang tua dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan kedua orang tua."
[riwayat Tirmizi daripada Abdullah Ibnu Amr r.a ]
 
Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bahawa Rasullah SAW bersabda : " sesiapa mengucapkan selamat kepada saudaranya ketika saudaranya mendapat kebahagiaan nescaya Allah menggembirakannya pada hari kiamat"
( Riwayat Tabrani)
 
Rasullah SAW bersabda;
"apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaknya ia memberitahu kepadanya"(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
 
tidak ada satu pun musibah ( ujian )yang menimpa seorang muslim melainkan dosanya diampunkan oleh Allah Taala kerananya ( disebabkan musibah itu ),sekalipun musibah itu hanya kerana tertusuk duri"
( Riwayat Muslim daripada Aisyah r.ha ).

No comments:

Post a Comment