Salji

07 September 2011

Teguhkanlah jiwamu
Kerna hidup ini untuk ditempuhi
Bukan ditangisi
Teguhkanlah jiwamu
Agar terlerai segala kesulitan dan kesempitan
Biar semalam berlalu bersama segala kesedihan
Dan esok menanti bersama seribu janji dan impian
Teguhkan jiwamu
Bersama kepasrahan dan pengharapan
Dengan jiwa terbuka, kenal diri dan kenal Tuhan
Sambutlah hari ini dengan lagu kedamaian
Bersama alunan paluan semangat baru
Terima kasih atas pemberian Mu
Terima kasih atas apa yang telah terjadi
Kau selalu menemani ku tanpaku sedari
Kau tak pernah biarkan aku sendirian menjalani hidup ini
Kau selalu menyertaiku
Terima kasih kerana Kau telah menyentuh hatiku
Dikala aku lalai di pentas duniawi
Kau telah memperingatiku
Kau sentiasa merancangkan yang terbaik buatku
Walaupun aku selalu lupa pada Mu
Terima kasih Ya Allah
Kau telah menyentuhku dengan kasih-sayang Mu
Kau telah mengubah hidupku menjadi yang baru
Bagai emas yang murni berkilauan
Kau telah membentuk kekuatan hatiku
Perjalanan hidup ini telah mengajarku tentang kehidupan
Kau tidak pernah lelah untuk memberi
Tidak pernah sedikitpun Kau meminta
Terima kasih kerana menyentuh hatiku
Terima kasih kerana kasih-sayang Mu
Sebuah kasih Yang selalu memberi
Bagai air yang mengalir
Yang tidak pernah berhenti
TERIMA KASIH YA ALLAH!!

No comments:

Post a Comment